•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan bahawa pelan cadangan hidangan makanan diet yang akan dikongsikan ini bukan sesuatu yang sihat untuk diamalkan. Anda hanya dibenarkan mencuba kaedah diet ini selama 3 hari sahaja dalam sebulan.

Kaedah diet ini dinamakan military diet. Ia menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh menurunkan berat badan anda sehingga 5kg dalam masa beberapa hari sahaja sekiranya anda mengikuti meal plan yang betul.

Namun untuk anda yang merancang untuk kekal kurus dalam tempoh masa yang panjang, ini bukan meal diet yang sesuai untuk anda.

Berikut kami kongsikan menu military diet yang perlu anda ikuti selama 3 hari berturut-turut.

Hari Pertama
Breakfast : Kopi O, 1/2 grapefruit, 1 keping roti yang disapu 2 sudu kecil peanut butter.

Lunch : Air kosong / kopi O, 1/2 tin tuna air dan sekeping roti.

Dinner : 3 aun daging / ikan, semangkuk sayur mentah, 1 biji epal, 1/2 pisang, 1 mangkuk ais krim vanilla.

Baca juga  50 Ayat Yang Boleh Bantu Lancarkan Sebutan Bahasa Inggeris Anda

Hari Kedua
Breakfast : Sebiji telur, 1/2 pisang, sekeping roti.

Lunch : 1 mangkuk cottage cheese, 5 keping biskut cream cracker, sebiji telur rebus.

Dinner : 2 biji sosej, 1 mangkuk brokoli, 1/2 mangkuk lobak merah, 1/2 pisang dan 1 mangkuk ais krim vanilla.

Hari Ketiga
Breakfast : 1 keping cheddar cheese, 5 keping biskut cream cracker, sebiji epal.

Lunch : Sebiji telur, sekeping roti kosong.

Dinner : 1 mangkuk tuna air, 1/2 pisang, 1 mangkuk vanilla ais krim.

Tapi diingatkan sekali lagi, diet ini sesuai kepada anda yang cuba menurunkan berat badan secara drastik. Ia bukan lah diet yang bagus dari segi kesihatan. Selepas 3 hari, anda boleh amalkan diet harian anda seperti biasa.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini