WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik, Apa Itu Pandemik?


Wabak COVID-19 semakin serius. Sabam hari ada saja peningkatan kes yang baru dan kes kematian. Setakat semalam virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat.

Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.

Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian, setakat ini.

Wabak ini bukan sahaja menakutkan dunia, malah ia boleh menyebabkan kemerosotan ekonomi dunia yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Sebab itulah negara-negara besar seperti Britain, Itali dan Amerika Syarikat telah mengumumkan bajet berbilion dollar untuk memerangi wabak serius ini.

Semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 ini sebagai pandemic.

Apa maksud Pandemik?

Sebenarnya ada beberapa istilah untuk penyakit wabak seperti ini:

EPIDEMIK
ia merujuk kepada wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti seperti virus nipah di daerah Kinta,Perak.

ENDEMIK
Ia merujuk kepada wabak atau penyakit yang SENTIASA WUJUD di sesuatu daerah atau komuniti atau skop lebih besar lagi seperti SEBUAH NEGARA seperti malaria yang menyerang negara Afrika.

PANDEMIK
Ia merujuk kepada wabak atau penyakit yang menyerang tidak terhad kepada sesebuah komuniti, tetapi tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Ambillah langkah lebih berjaga-jaga

Ada yang mengatakan wabak ini baru diperingkat awal. Maksudnya ia akan berpanjangan lagi sehingga melewati satu tahun. Wallahua’lam.

Apa-apa pun, harapan kami agar kita semua dapat mengambil langkah lebih berhati-hati. Ikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selalu gunakan hand sanitizer, elakkan ke tempat yang sesak dan jadi tumpuan ramai, pakai topeng muka jika keluar dan lain-lain lagi.

Juga, marilah kita berusaha untuk tidak menjadi orang yang menyebarkan berita palsu. Sentiasa periksa sumber maklumat yang kita dapat daripada sumber yang betul sebelum menyebarkan semula maklumat tersebut.

Tindakan kita ini insyaAllah sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan yang semua orang sedang hadapi. Moga semuanya diberi perlindungan oleh Allah atas ujiannya ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini