Perihal Penyakit Difteria


Kita dikejutkan dengan kes Difteria yang melibatkan kematian di Johor minggu lepas. Selain daripada 1 kes kematian, ada beberapa kes lagi yang sedang dirawat di hospital yang sama.

Sejak kes itu, semakin ramai yang bercakap tentang penyakit Difteria ini.. 

Difteria

Apa sebenarnya penyakit Difteria ini?

Ia adalah jangkitan kepada salur pernafasan yang melibatkan hidung, mulut dan kerongkong oleh bakteria yang dikenali dengan nama Corynebacterium Diphtheria. 

Mengikut rekod, penyakit ini membawa kepada kadar kematian yang agak tinggi iaitu 20% terutama di kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.

Penyakit ini jika tidak dirawat segera, jangkitan boleh menjadi serius. Lapisan putih yang menutupi kerongkong akan kian menebal. Ini akan menyebabkan kesukaran mangsa untuk menelan dan bernafas lantas mengakibatkan lemas.

Manakala toksin yang dihasikan oleh bakteria ini boleh merebak ke seluruh tubuh dan mengakibatkan radang jantung (myocarditis) dan paralisis otot (polynueritis).

Gejala dan tanda Difteria

Biasanya pesakit Difteria akan mengalami masalah-masalah di bawah:

  • Demam
  • Suara serak
  • Suara serak
  • Tonsil membengkak
  • Lapisan putih di kerongkong

Cara Difteria merebak

Penyakit ini boleh merebak dengan 2 cara:

  • Titisan cecair pernafasan yang terhasil daripada batuk dan bersin
  • Kontak langsung dengan cecair pernafasan
Batuk dan bersin boleh menyebarkan virud Difteria

Cara mencegah Difteria

Pelalian (vaksin) adalah cara yang paling baik kerana mengikut statistik, kanak-kanak yang mengambil pelalian mempunyai kadar yang sangat rendah terkena penyakit Difteria.

Vaksin yang diberi adalah kombinasi vaksin 5 dalam 1. 5 dos pelalian akan diberi kepada anak semasa mereka berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 18 bulan dan 7 tahun.

Vaksin ini adalah selamat dan berkesan jika diambil dengan lengkap. Yang penting ia diuluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anak adalah harta pinjaman daripada Allah yang amat bernilai sekali. Sudah menjadi tenggungjawab kita menjaga mereka dengan cara yang terbaik. Ini termasuklah memberi makan dan minum yang mencukupi, pelajaran dan hindari daripada penyakit.

Suntikan vaksin adalah untuk mengurangkan risiko anak-anak kita mendapat penyakit seperti Difteria ini. Jadilah ibubapa yang bijak. Sesungguhnya anak adalah tanggungjawab kita. Dan kita akan ditanya di akhirat kelak atas tanggungjawab yang satu ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini