Apa Kaitan Fitnah Dajjal Dengan Surah Al Kahfi.. Jangan Main Baca Jer..!!!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ok. Hari Jumaat ni kami berkongsi dengan anda tentang agama sikit. Kita hormati penghulu segala hari ni. Artikel ni bukanlah karangan asal pihak kami. Kami menyalon daripada group whatsapp dan selepas membaca dan menyelidikinya, maka kami kongsikan di sini untuk manfaat semua.

Rugilah jika benda yang baik macam tidak dikongsikan. Kami pun nak pahala sedeqah jariah..

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.

Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ini hadith yang selalu kita dengar dan baca kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah Al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? Pernah tak terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak kaitkan dengan dajjal. Betul tak? Ok ni penjelasannya…

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

  • Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
  • Pemilik kebun – Fitnah harta
  • Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
  • Zulqarnain – Fitnah kekuasaan

Tahu tak? 4 fitnah ini juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti..! Dah mula nampak perkaitan surah Al Kahfi dengan Dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah Al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONG untuk menuntut ilmu dari nabi Khidir

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Baca juga  Tips tahan lama untuk kebahagian bersama

Tapi ada yang lagi yang hebat selain itu..! Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah Al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Tak percaya? Tengok ni…

Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. Ini memang masuk akal. Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Ok kita beralih ke fitnah dajjal pula. Fitnah Dajjal ada 4:

  1. Fitnah iman
  2. Fitnah harta
  3. Fitnah ilmu
  4. kuasa

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Jadi dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? Memang masuk akal kan..? Lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu sebenarnya dah ada dan pun pada masa sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal yang betul-betul di zaman Dajjal nanti.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapa segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain! Betul tak?

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini