Apa yang ibu bapa perlu tahu apabila mempunyai anak G6PD Deficiency


Ibu bapa yang dimaklumkan oleh pihak hospital tentang keadaan bayi yang dikategorikan sebagai G6PD Deficiency tidak perlu panik dan susah hati kerana Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia tidak memerlukan sebarang rawatan khusus dan tidak membahayakan. G6PD Deficiency adalah fenomena keturunan yang kebiasaannya sering dialami oleh bayi lelaki.


G6PD merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan sel darah merah mudah terpecah apabila terdedah kepada ubatan atau makanan tertentu. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh maka ia akan memberikan komplikasi seperti demam kuning, sesak nafas, sakit perut, sakit belakang, pening, sakit kepala, pernafasan tidak teratur, kencing berdarah dan beberapa lagi kesan lain.

Apabila berlaku simptom-simptom ini, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan memerlukan, mungkin doktor akan exchange transfusion atau bahasa mudahnya tukar darah. Tapi kebiasaanya ia akan sembuh sendiri tapi masih perlu dipantau oleh doktor.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi anda kekurangan enzim G6PD?
Kebiasannya, pihak hospital akan membuat ujian darah yang diambil dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Ibu bapa tidak perlu membuat permohonan untuk ujian ini kerana setiap bayi yang dilahirkan akan dijalankan ujian ini. Doktor akan memanggil ibu bapa yang anaknya G6PD Deficiency bagi menerangkan tentang perkara ini.

Apa yang perlu ibu bapa tahu apabila mempunyai anak G6PD Deficiency?
Elakkan dari anak-anak tersebut terdedah kepada bahan-bahan yang boleh memberikan implikasi seperti berikut :

Ubat untuk Merawat Malaria:
Choroquine
Hydroxycloroquine
Primarquine
Pamaquine
Quinine
Mepacrine (Quinacrine)
Ubat Penahan Sakit
Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
Phenacetin (Acetophenetidin)
Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik
Chloramphenicol
Cotrimoxazole (Bactrim)
Furazolidine
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
Nitrofurazone
Para-Aminosalicy Acid
Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
Sulfapyridine
Sulfasalazine


Selain ubat-ubatan, ade juga bahan-bahan lain yang mungkin ada di rumah anda yang boleh memberikan kesan kepada bayi G6PD Deficiency antaranya:

Kacang Parang
Ubat Gegat
Nila Baju
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

(Sumber)

Ibu bapa yang mempunyai anak kekurangan enzim G6PD perlu lebih peka dengan persekitaran. Tidak perlu terlalu risau kerana ia boleh dianggap seperti alahan kepada sesuatu.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini