Batman Malaysia, minat dari kecil membawa ke besar

KLANG 21 APRIL 2018. Batman Malaysia di Klang. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

BATMAN adalah adiwira fiksyen yang pertama kali muncul di televisyen dalam Komik Detektif pada Mei 1939 di Amerika Syarikat. Dari kostumnya dahulu yang tidak meyakinkan, kini kostum Batman sungguh mempersonakan dan melambangkan adiwira yang gagah perkasa.

Batman 1960

Ternyata kemunculannya mencetuskan fenomena apabila ramai meminati watak itu. Bagi mereka yang obses pastinya menyimpan impian menjadi seperti adiwira berkenaan.

Malaysia juga tidak tinggalan apabila ada seorang lelaki menjelmakan dirinya sebagai Batman Malaysia sejak tahun lalu. Kemunculannya di khalayak dengan mengenakan lengkap pakaian Batman versi Dark Night Movie. Penampilannya yang bertubuh sasa, gaya berjalan, cara mengendalikan motosikal Batman (Batpod) dan suaranya seperti Bruce Wayne sering menjadi perhatian dimana sahaja kemunculannya.

Lelaki yang identitinya dirahsikan ini menjadi Batman Malaysia kerana memenuhi minat terhadap adiwira itu sejak kecil. Namun, ada ‘penderitaan’ yang terpaksa ditanggung setiap kali memakai kostum batman.

Wajahnya pernah bertukar kebiru-biruan akibat kekurangan oksigen kerana memakai kostum itu terlalu lama iaitu selama tiga jam untuk satu persembahan. Kostum ini diperbuat daripada kulit manakala topengnya pula getah.

“Tapi mereka yang pernah berjumpa dan berbual dengan saya saja tahu situasi sebenar serta ‘penderitaan’ ini. Topeng ini umpamanya, ia diperbuat daripada getah dan apabila memakainya saluran pernafasan pada hidung sedikit tersekat. Jadi saya perlu menggunakan teknik pernafasan yang betul supaya dapat bernafas dengan baik sepanjang tempoh memakai kostum ini,” katanya dan mengakui tempoh masa paling ideal beliau memakai kostum berkenaan ialah satu jam.

Batman Malaysia ini pertama kali muncul di khalayak ramai dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai, Negeri Sembilan bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup pada April tahun lalu. Kemunculannya menyebabkan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami kesesakan kerana orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing lantaran teruja melihat Batman Malaysia bergaya menunggang Batpod Batman.

Katanya lagi, bukan mudah mengendalikan Batpod Batman kerana motosikal terbabit sangat berat bagaikan memandu kereta.

“Pemegang motosikal ini pada tayar dan bukan seperti motosikal yang lain. Ini satu lagi cabaran yang perlu saya lalui kerana perjalanan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai yang jaraknya hanya 20 kilometer dirasakan seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan,” katanya.

Selain itu jelasnya, Batpod Batman adalah ciptaan anak tempatan, Omar Jumiran, 48, dari Kajang menggunakan besi terpakai. Manakala kostum batman pula adalah dihasilkan dari jaket kulit terpakai.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini