Batu Caves mungkin hilang status sebagai tapak warisan


Batu Caves adalah gua batu kapur semulajadi yang dijadikan sebagai kuil bagi penganut beragama Hindu. Ia merupakan salah satu kuil Hindu paling popular di dunia dan salah satu tarikan pelancong ke Malaysia.

Batu Caves dikenali sebagai tempat beribadat penganut beragama Hindu yang mempunyai patung Tuhan Murga tertinggi di dunia iaitu setinggi 42.7 meter (140 kaki) dan mempunyai 272 anak tangga untuk sampai ke tingkat teratas.

Batu Caves telah diisytihar sebagai Tapak Warisan dan kini diberi nafas baru dengan mengecat keseluruhan 272 anak tangga dengan palbagai warna dan telah mendapat reaksi positif dari pengunjung yang ternyata tertarik dengan pembaharuan yang telah dibuat.

Walau bagaimanapun ia telah menyalahi Akta Warisan Negara 2005 dan mungkin mengakibatkan statusnya sebagai Tapak Warisan ditarik balik berikutan tindakan mengecat tangga kuil itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara.

Untuk makluman, kerja-kerja mengecat tangga kuil itu merupakan salah satu kerja penambahbaikan kuil yang telah bermula 18 bulan lalu yang menelan belanja hampir RM5juta.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini