Tik Tok – “Berhenti Memalukan Diri Sendiri” Peringatan Kementerian Pertahanan Buat Warga ATM


Aplikasi sosial media yang baru wujud hampir setiap hari, namun yang menjadi popular ketika ini adalah Tik Tok. Aplikasi ini menjadi tular kerana ia membenarkan pengguna untuk berkongsi video-video yang disunting dengan kreatif kepada pengikut masing-masing.

Namun begitu, idea kreatif sebilangan pengguna Tik Tok ini menjangkau had pemikiran manusia yang normal apabila kadang-kala mereka menghasilkan video-video yang menjengkelkan dan memalukan demi mencari publisiti murahan. Sehinggakan ia kini bukan sahaja menjadi ikutan kaum ibu yang tanpa segan silu menunjukkan lenggok tubuh yang menggiurkan kepada orang ramai, malah anggota penjawat awam juga turut terlibat.

Dengan kadar penggunaan aplikasi ini yang semakin meningkat dan tak terkecuali juga didalam pasukan unit-unit beruniform, kini salah satu daripada kementerian yang terkesan dengan aplikasi ini iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia, terpaksa mengeluarkan peringatan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia untuk mematuhi “Garis Panduan Media Sosial ATM”.

Dimana merujuk kepada garis panduan tersebut ditekankan bahawa setiap anggota perlu menjaga tatacara berikut:

  • Tidak menjejaskan imej Angkatan Tentera Malaysia.
  • Tidak mempunya niat (secara sengaja ataupun tidak sengaja) untuk mengaibkan individu atau kumpulan tertentu.
  • Tidak memuat naik gambar-gambar (atau video) semasa berpakaian uniform.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut memberitahu individu yang menyertai ATM bukanlah artis atau bahan publisiti murahan. Maka disebabkan itu sekiranya ada anggota ATM yang menggunakan aplikasi Tik Tok, mereka diingatkan supaya berhenti memalukan diri sendiri dan warga ATM yang lain.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini