Berjalan Kaki, Cara Terbaik Untuk Dapat Bentuk Tubuh Yang Ideal Dan Fit.

kelebihan berjalan kaki

Mungkin ramai lelaki yang tidak tahu bahawa selain bersenam ada beberapa cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal dan ‘fit’.

Antara kaedah yang boleh anda lakukan ialah dengan berjalan kaki.

Selain memberi kekuatan di bahagian kaki, berjalan juga terbukti mampu memberi ketahanan pada tubuh secara keseluruhan. Pada masa yang sama, ia tidak menuntut perbelanjaan yang banyak, apatah lagi memerlukan lokasi khusus untuk melakukannya.

Apa kelebihan berjalan kaki? Bagaimana cara serta fungsinya dalam kesihatan?

Jom kami kongsikan 4 langkah dan kesan berjalan kaki.

Langkah Pertama

Kaki anda pada masa ini mula mengeluarkan tenaga yang membekalkan tenaga kimia kepada sel-sel tubuh. Serentak dengan ayunan langkah itu, degup jantung anda akan mulai meningkat dari 70-100 denyutan per minit. Aliran darah juga mulai meningkat. Pada masa ini, tubuh mula membakar 5 kalori per minit berbanding hanya 1 kalori ketika anda sedang berehat.

Langkah Kedua

Degupan jantung dalam minit ini mulai meningkat dari 100-104 denyutan per minit. Kalori yang dinyahkan dari badan juga meningkat. Sementara itu, tekanan darah yang meningkat juga membantu merangsang pelepasan bahan kimia yang secara langsung membesarkan pembuluh darah.

Jadi, darah dan oksigen akan mengalir dengan lancar khususnya untuk menggerakkan otot tubuh badan.

Langkah Ketiga

Pada langkah ketiga ini, suhu badan anda akan mulai meningkat. Tenaga juga mula dikeluarkan. Pada masa sama, pembuluh darah turut membesar. Ketiks langkah kaki makin cepat, kalori yang terbakar bertambah sehingga 7 kalori setiap minit. ‘Epinephrine’ dan ‘glucagon’ iaitu hormon yang berfungsi untuk mengatur metabolisme, karbohidrat, protein dan lemak akan meningkat kerana melepaskan bahan bakar untuk otot.

Langkah Keempat

Rasa segar dan tenang akan mula anda rasai. Tubuh akan lepaskan regangan dan tegangan di dalam tubuh badan. Di samping itu, lemak yang terbakar juga turut meningkat. Manakala insulin iaitu “tempat” penyimpanan lemak pula semakin berkurangan.

Etika Yang Perlu Dipatuhi.

Pilih pakai yang khusus untuk bersenam yang diperbuat daripada fabrik yang mampu meresap peluh. Jangan memakai baju yang terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak.

Jika ada, pilihlah pakaian yang berwarna putih jika anda melakukan senaman di lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana, warna putih mampu memberi tindak balas kepada cahaya matahari.

Elakkan dari memakai sebarang aksesori ketika bersenam. Selain untuk kesihatan, ia juga dapat mengelakkan daripada berasa rimas atau tidak selesa.

Jika mahu bersenam dalam suasana santai, dengarlah muzik yang menenangkan, bukannya rock metal! hehehe




TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini