Jika zaman dahulu mungkin tiada istilah suami takut bini kerana bapa zaman dahulu sangat sinonim dengan ketegasan mereka dan sikap ‘king’ dalam keluarga. Isteri zaman dahulu juga dikenali sebagai wanita yang sangat patuh dan hanya menuruti kehendak suami.

Tapi zaman kini, istilah suami takut bini adalah perkara biasa dan sering menjadi ejekan rakan-rakan kepada golongan suami seperti ini. Ada beberapa tanda menunjukkan anda tergolong dalam kelompok suami takut bini.

Takut Nak Keluar Rumah

Mereka takut-takut untuk keluar lepak bersama rakan-rakan. Malah lebih teruk ada yang perlu meminta kebenaran isteri terlebih dahulu sebelum keluar. Lebih parah apabila dapat kebenaran tapi dengan tempoh masa yang dibenarkan.

Selalu Nak Cepat

Ada juga sesetangah suami yang selalu keluar lepak dengan rakan-rakan tapi seingkali ingin cepat pulang. Ini petanda bahawa sebenarnya dia tidak memaklumkan kepada isteri atau mungkin juga memberikan alasan lain.

Cuak Apabila Handphone Padam

Handphone seperti nyawa mereka sendiri. Apabila handphone kehabisan bateri dan terpadam, golongan ini tidak akan tenteram kerana khuatir isteri tidak dapat menghubunginya dan ini boleh menimbulkan perbalahan.

Tukar Nama Rakan Perempuan Kepada Nama Lelaki

Ada juga dikalangan suami yang menyimpan nombor telefon rakan perempuan sebagai nama lelaki di dalam senarai nama di telefon bimbit. Mereka risau andai isteri buat ‘spot check’ ada pula conversation bersama rakan perempuan.

Kongsi Akaun Media Sosial

Ya memang diakui media sosial telah memberikan banyak kesan terhadap hubungan suami isteri. Ada juga suami dan isteri berkongsi akaun media sosial supaya lebih mudah memantau dengan siapa suami berhubung.

Baca juga  Remaja 14 tahun nikahkan 2 orang kakaknya

Namun begitu, apa yang kita harus faham bahawa istilah takut bini sebenarnya tidak melambang seseorang lelaki yang lemah dan tunduk kepada kehendak si isteri. Tapi yang sebenarnya golongan suami seperti ini adalah mereka yang sangat menyintai isteri mereka dan tidak mahu sebarang perselisihan faham disebabkan perkara-perkara kecil.

Golongan suami seperti ini kebiasaannya seorang yang sangat bertanggungjawab, mereka bukan meminta izin isteri untuk keluar melepak tapi sebenarnya mereka mahu bertanyakan isteri andai jika dia keluar melepak nanti bagaimana dengan keadaan di rumah.

Mereka mahu bergegas pulang ke rumah kerana memikirkan si isteri dan anak-anak pasti sedang menanti kepulangannya sama ada untuk makan bersama atau menonton tv bersama.

Mereka tidak tenteram apabila telefon padam kerana khuatir andai berlaku kecemasan dan isteri tidak dapat menghubunginya.

Mereka menukar nama rakan perempuan kepada nama lelaki kerana tidak mahu isteri berasa cemburu atas sebab-sebab yang tidak perlu.

Mereka berkongsi akaun social media kerana golongan seperti ini hakikatnya tidak begitu melayari social media kerana mereka lebih mengutamakan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga.

Jadi, tidak perlu sesekali kita melabelkan golongan seperti ini sebagai suami takut bini tetapi adalah lebih baik jika digelarkan mereka ini sebagai suami pilihan zaman kini.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini