Bermula Tahun 2019 Pusat Hiburan Ditutup Selepas Jam 1 Pagi


Satu berita yang agak menggembirakan walaupun ianya bukan kegembiraan yang mutlak. Ini kerana Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad baru saja membuat pengumuman tentang penetapan peraturan baru yang akan dikuatkuasakan secara ketat bermula Januari 2019, di mana pusat-pusat hiburan yang beroperasi di pusat bandar Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi selepas jam 1 pagi.

Penetapan peraturan baru ini disebabkan oleh pihak berkuasa tempatan mendapati kebanyakan pusat-pusat hiburan yang selalunya beroperasi melebihi jam 1 pagi seringkali dikunjungi oleh penduduk tempatan bukannya pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia.

Walau penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara ketat, difahamkan bahawa premis-premis yang sering menerima kunjungan pelancong luar akan diberikan pengecualian dan mereka dibenarkan beroperasi sehingga jam 5 pagi – dengan syarat setiap pusat hiburan tersebut perlulah mempunyai kebenaran khas daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak DBKL pula dalam satu satu situasi lain, perlu juga menyemak premis-premis yang mendapat kebenaran khas ini bagi mengelakkan ia disalahgunakan dan juga mendapat aduan orang ramai kemudian hari.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini