Setelah menanti dengan penuh debar, rakyat Malaysia akhirnya menarik nafas lega setelah Perdana Menteri ke 8 Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet kerajaan yang baru semalam. Ini setelah senarai tersebut mendapat perkenan daripada YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Antara perlantikan yang menarik perhatian ramai ialah perlantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau yang sedang memegang jawatan Mufti Wilayah pada masa itu, dilantik di atas tiket Senator dan baru sahaja mengangkat sumpah sebagai senator pagi tadi.

Kepada yang ingin mengetahui serba sedikit tentang Sahibul Samahah YB Dato’ Seri Dr Hj Zulkifili Mohamed Bakri, di sini kami sediakan serba sedikit biodata beliau:

Biodata Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri

  • Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981).
  • Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).
  • Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).
  • Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin.
  • Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.
  • Untuk pengetahuan umum, beliau juga amat meminati sukan bolasepak dan pasukan kegemarannya adalah Liverpool FC.
Baca juga  Guru di bandar besar akan diberi elaun khas sara hidup

Semoga SS Dato Zulkifli dipermudahkan segala urusan beliau untuk menjalankan amanah dan tugas beliau dengan penuh maju jaya berbekalkan ilmu dan pengalamannya.

Ameen..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini