Bulu tangkis plastik akan digunakan dalam sukan badminton antarabangsa bermula 2021

Shuttlecock on blue

Macam tak percaya tapi itulah perubahan yang akan berlaku dalam dunia badminton selepas ini apabila Persatuan Badminton Dunia (BWF) telah meluluskan penggunaan bulu tangkis sintetik dalam semua kejohanan badminton peringkat antarabangsa yang akan bermula pada tahun 2021.

Shuttlecock on blue

Keputusan ini dibuat di atas beberapa faktor antaranya bagi meningkatkan mutu permainan badminton serta mengurangkan kebergantungan terhadap bulu asli sekaligus memelihara alam sekitar.

BWF menyatakan selepas ujian berterusan ke atas pelbagai prototaip yang dijalankan sewaktu pembangunan melalui kerjasama teknologi bersama Yonex, bulu tangkis sintetik didapati lebih tahan lama dan jimat berbanding penggunaan bulu asli.

Ujian dan kajian yang dibuat mendapati bulu tangkis sintetik mengurangkan penggunaan sehingga 25% kerana daya ketahanannya yang lebih tinggi.

Setiausaha Agong BWF, Thomas Lund, berkata “Kami dapati daripada beberapa pemain elit yang terlibat dalam ujian, mereka dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan kecil di antara versi bulu tangkis sintetik dan bulu tangkis asli dengan cepat. Jadi, ia satu berita baik untuk prestasi bulu tangkis itu.

“Kami amat teruja dengan hasil daripada projek ini dan mahu melihat bulu tangkis sintetik ini berkembang lagi. Terima kasih tidak terhingga perlu diberikan kepada Yonex atas kerja keras mereka, inovasi dan kesungguhan yang dilakukan sejak lima tahun lalu,” kata Lund dalam satu kenyataan.

Pwndapat admin, perubahan ini mungkin mengambil masa untuk diterima sama ada pemain sendiri atau peminat dunia sukan badminton namun ia sesuatu yang positif untuk dilihat sejauh mana ia memberikan impak kepada pembangunan sukan badminton.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini