Cabaran Lipas (Cockroach Challenge) Pulak Dah…


Pelbagai cabaran pelik yang direka oleh warga net sekarang. Yang terbaru ada Cabaran Lipas. Mungkin sebab ramai yang geli dengan lipas maka cabarab ini tercipta.

Dikatakan Cabaran Pelik ini dimulakan oleh pengguna Facebook dari Myanmar yang berdaftar di bawah akaun Aex Aung.

Alex telah memuat naik satu gambarnya dengan meletakkan seekor lipas di wajahnya dengan caption: “Bolehkah anda lakukannya?”

Cabaran ini cepat menjadi tular di kalangan remaja kerana ianya turut diviralkan dan menjadi popular di twitter.

Cabaran ini memerlukan warga net berselfie dengan meletakkan lipas di wajah mereka, dan mkemudiannya memuatnaik ke laman sosial.

Malah ada yang ingin kelihatan lebih hebat berbanding yang lain dengan memasukkan lipas ke dalam mulut.

Namun cabaran ini kurang mendapat perhatian di kalangan remaja Malaysia setakat ini. Ia mendapat sambutan di Filipina, Myanmar dan Indonesia.

Apa-apa pun, harap remaja di Malaysia tidak terikut-ikut. Fikir dan buatlah sesuatu yang lebih bermanfaat.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini