•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penghawa dingin atau “aircond” sememangnya memberi keselesaan tatkala cuaca sedang membahang. Walaupun penggunaan aircond yang berlebihan memberi impak negatif kepada lapisan ozon, tetapi ianya merupakan satu keperluan pada hari panas. Namun, di sebalik keselesaan ini, sekiranya ianya tidak dibersihkan mengikut, ianya memberi kesan negatif kepada diri pengguna.

bagaimana aircond berfungsi

Jadi, siapa yang perlu bersihkan aircond di rumah anda? Diri sendiri~lah!

Selain dapat berjimat, tak susahkan pun bersihkan aircond sendiri. DIY!

Kebiasaannya, habuk dan debu tepu pada bahagian penyaring (filter) boleh menyebabkan aircond tiba-tiba tidak sejuk.

Bagaimana hendak bersihkan aircond?

Buka penutup depan indoor unit dan keluarkan filter. Filter ini perlu dibersihakan sekurang-kurang sekali sebulan. Basuh dengan sabun dan sental dengan kain lembut. Kemudian, bilas dengan air bersih dan jemur sehingga kering.

cuci filter aircond

Bersihkan Indoor Condenser Unit

Sementara filter itu kering, vakum pada condenser coil dan bahagian celah-celah yang ada habuk dan debu. Spray dengan air bersih pada habuk yang susah disedut oleh vakum. Sebelum itu, jangan lupa power off dan lindungi komponen elektronik menggunakan plastik.

Baca juga  Penting! Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor-Nombor Ini

Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi, sapu perlahan-lahan pada condenser. Berhati-hati. Jangan sampai melukakan ‘sirip aluminium’. Cuci sehingga anda berpuas hati.

Cuci Blower Fan

Seteruskan, sedut segala habuk pada blower fan. Tak susah pun, guna vakum atau berus kecil untuk hilangkan habuk. Habuk yang melekat di blower fan menyebabkan udara sejuk kurang dirasai.

Bersihkan Outdoor Compressor Coil

Periksa di bahagian sirip compressor. Kalau tak nampak coil, maknanya habuk dah tebal gila. Langkah pertama, sembur air di celah-celah. Sekiranya tiada kesan, buka cover outdoor, kemudian sental dengan berus dan cuci dengan sabun sehingga bersih.

Bilas dengan air bersih sehingga bersih.

Pasang semula air filter yang sudah kering dan cover. Apabila semua dipasang dengan elok,  ONkan aircond dan rasai perbezaan udara sebelum dan selepas dicuci.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini