•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kilat dan guruh adalah 2 fenomena alam yang unik dan luarbiasa.

Mengikut Sains, kilat ialah satu bentuk nyahcas eletrik yang boleh dilihat dan mempunyai tenaga yang tinggi. Ia berlaku antara awan ke awan ataupun antara awan ke bumi dan biasanya ia akan diiringi oleh bunyi dentuman petir. Kilat mampu mencapai kejuan sehingga 216,000 kilometer/jam dan suhunya boleh mencecah sehingga 30,000 Celcius. Orang yang pertama mengkaji kilat ini ialah Benjamin Franklin.

Ada juga yang mengatakan bahawa kilat ini ialah panahan Allah kepada Syaitan yang mengganggu manusia di muka bumi.

Kita biasanya berasa takut semasa kilat sedang sabung menyabung. Kita juga disaran supaya mencari tempat perlindungan yang selamat ketika terjadinya kilat.

Namun ada antara kita yang masih kurang tahu apakah tempat yang dimaksudkan dengan tempat yang selamat tersebut.

Cara dan tempat yang betul untuk berlindung ketika kilat sedang sabung menyabung

1. Berlindung di dalam Kereta (Bukan di tepi kereta
)

Berlindung di dalam Kereta adalah selamat ketika kilat. Jangan sesekali berada di tepi kereta. Ini dikhuatiri kita masih boleh terkena kilat yang menyambar pada permukaan kereta laju mengalir laju ke tubuh badan kita.


2. Berlindung di dalam rumah bukan di tepi rumah


Berada di dalam rumah adalah tempat yang paling selamat untuk menghindari daripada terkena kilat. Diulang – DALAM rumah.



Baca juga  3 Cara Powerful Untuk ingat Semula Apa Yang Kita Hafal

Jangan sesekali berteduh di luar rumah terutama di bawah bumbung yang kecil. Kilat yang terkena bumbung akan mengalir ke bawah dan akan terkena badan kita yang sedang berteduh


3. Jangan Berlindung di bawah pokok yang Kecil


Jika pokok tempat Berlindung itu kecil, lebih baik cari tempat perindungan yang lain. Pokok kecil ini tidak mampu menghalang kilat daripada terkena apa yang ada di bawanya. Dengan kepanasan dan kelajuan tersebut, ia masih mampu mengalir ke bawah dan terkena apa-apa yang ada di bawah pokok.


4. Jika tiada tempat perlindungan seperti di atas, jangan duduk berdekatan antara satu sama lain
.

Jika dalam keadaan yang memang tiada tempat perlindungan, sila duduk. Tapi awas..! Jangan duduk berdekatan antara satu sama lain. Jarakkan lebih kurang 100 kaki daripada kawan kita yang sedana duduk. Ini akan menghindar kilat turut terkena kita jika ia menyambar rakan kita.

Ini adalah kemahiran asas atapuun cara yang betul untuk berlindung ketika berlakunya kilat. Banyak cara berlindung yang salah jika kita tengok selama ini.

Selamat beramal …

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini