Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang baru bergelar ibu ayah. Mesti seronok kan menyambut kelahiran cahaya mata baru. Bau bayi, bau syurga. Pada mereka yang pertama kali bergelar bapa, mesti masih mencari apakah perkara penting yang mereka perlukan lakukan selepas kelahiran bayi baru?
Perkara utama yang perlu dilakukan selepas proses kelahiran adalah mendaftar bayi baru dalam masa 14 hari. Jika lewat, denda akan dikenakan.
Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran?
- Bapa/Ibu Anak
- Penjaga Anak
- Orang yang mengetahui tentang kelahiran tersebut.
Borang Yang Perlu Disi?
- Borang Pendaftaran Kelahiran/Kematian JPN.LM01. Borang ni boleh didapati daripada pihak hospital percuma. Borang yang lengkap disi perlu ditandatangani dan dicop oleh pihak hospital.
Dokumen Yang Perlu dibawa Semasa Permohonan Pendaftaran?
- MyKad Ibu Bapa (Dokumen ASAL)
- Dokumen Pemeriksaan Ibu Mengandung. (Buku checkup/Buku merah..ada dua tiga helai perlu difotostat..tanya kaunter, aku dah lupa..hehehe)
- Surat Pengesahan Kelahiran. (Hospital yang bagi, endorsement oleh bidan/doktor)
- Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa (Dokumen ASAL)
Selepas semua dokumen dan borang yang lengkap diisi ada, ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Tunggu sebentar. Apabila nombor anda dipanggil, serahkan semua dokumen di kaunter untuk semakan.
Satu nombor lagi akan diberi sementara menunggu permohonan diproses.
Kalau nasib baik, masa menunggu anda tak sampai pun sejam. Nombor giliran anda akan dipanggil.
Sijil kelahiran perlu disemak sama ada semua keterangan anak betul atau ada kesilapan. Kalau semua OK, boleh balik. My Kid akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi warganegara Malaysia.
Tempoh My Kid disiapkan adalah mengikut ‘workload‘ cawangan. Makin banyak ‘waiting list‘, maka makin panjanglah tempoh My Kid anak untuk disiapkan. Boleh semak di notis yang diberikan oleh pegawai JPN.
Apabila My Kid siap, bolehlah mendaftar anak untuk pembukaan akaun di Tabung Haji, Amanah Saham Wawasan dan akaun Saham Amanah. Semakin awal anda mula simpan dan labur untuk anak-anak anda, makin tinggilah potensi pulangan berganda yang bakal diperoleh.