Cara dan Niat Solat Sunat Aidiladha


InsyaAllah, tidak lama lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban/Haji merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Pada 10 Zulhijjah, disunatkan(sunat Muakkad) kita melakukan solat sunat Aidiladha. Di sini kami kongsikan niat dan cara betul menunaikan solat suna Aidiladha.

Niat dan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha.

lafaz niat sunat aidiladha

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

Rakaat Pertama:

  1. Dimulai dengan lafaz takbirratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan niat di dalam hati.
  2. Doa ifititah dulu.
  3. Selepas itu – Takbir 7 kali (diselangselikan dengan bacaan tasbih- Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ilaha Illallah, Wallahu Akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  4. Membaca surah al-Fatihah dan disunatkan membaca sural al-A’laa
  5. Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa sehingga selesai rakaat pertama.

lafaz tasbih

Rakaat Kedua:

  1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Takbir 5 kali (diselangselikan dengan bacaan tasbih- Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ilaha Illallah, Wallahu Akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ).
  3. Membaca surah Al-Fatihah serta Al-Ikhlas (atau surah pilihan imam).
  4. Kemudian lakukan rukun seterusnya sehingga selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.

Kami mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua muslim dan muslimat. Semoga korban yang dilakukan memberi manfaat kepada semua, dunia dan akhirat. Hati-hati memandu semasa pulang ke kampung ye.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini