Cara Elak Lens Kamera Terkena Jangkitan ‘Fungus’!


Beli kamera DSLR atau mirrorless tahu, tetapi nak jaga kamera daripada terkena jangkitan ‘fungus’ atau kulat pun tidak tahu? Isu ini menjadi isu normal kepada pemilik kamera ‘mahal’ sebegini. Ada pemilik tahu cara terbaik elak ‘fungus’ tetapi malas hendak mengamalkan rutin ini.

Sayangnya apabila kamera berteknologi tinggi ini mula dijangkiti ‘fungus’ yang bukan sahaja menjejaskan kualiti gambar tetapi juga mampu merosakkan sistem elektronik di dalam badan kamera.

Bagaimana Cara Terbaik Elak Lens Daripada Dijangkiti Fungus?

  1. Simpan kamera/lens di dalam Drybox yang dilengkapi suhu boleh laras. Kalau anda  merasakan drybox ini mahal, anda boleh DIY kontener kedap udara bersama gel silika.
  2. Jangan biarkan kamera/lens di dalam beg dalam jangka masa yang lama. Kelembapan dan pengaliran udara yang tidak baik akan membantu mempercepatkan lagi jangkitan kulat.
  3. Jika kamera/lens terkena air, lap dengan kain kering serta merta. Gunakan kain mikrofiber yang boleh menanggalkan debu-debu halus.
  4. Jadikan rutin untuk snap beberapa gambar sekiranya terlalu lama tidak menggunakan kamera, orang Besut kata saja nak ‘warm up’.

Rasanya cara di atas ini tidak susah untuk diamalkan. Mencegah lebih baik daripada merawat. Apabila jangkitan ‘fungus’ menjadi isu utama anda, tiada jalan yang terpakai kecuali kamera tersebut dihantar ke pusat servis yang pastinya akan menelan kos yang tinggi.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini