Lipas berleluasa di dalam kereta? Macamana nak buat yer. Pening jugak nak cari jalan cara untuk hapuskan lipas dalam kereta ni.
Lipas sangat suka bersarang dalam kereta kerana dalam kereta ada banyak tempat dan lubang yang boleh mereka sembunyi dan jadikan sarang. Dalam kereta pula kebiasaannya ada makanan mereka seperti kertas dalam dashboard dan bonet. Kadangkala sisa makanan pun ada tertinggal di dalam kereta terutama bagi keluarga yang ada anak-anak kecil.
Lipas ini kalau dah banyak membiak di dalam kereta memang agak sukar untuk dihapuskan. Kadang-kadang kita tidak tahu pun yang kereta kita ada sebegitu banyak lipas yang menghuni.
Bermacam-macam petua dan cara pernah dibuat untuk hapuskan lipas ni seperti semburan air rebusan serai, rebusan pandan, letak kopi dan sebagainya. Semuanya tak jalan. Malah semakin bermaharajalela pula dia.
Ada yang terfikir untuk hapuskan lipas dalam kereta dengan menyembur dengan racun serangga yang banyak terdapat di pasaran. Percayalah… Cara ini bukanlah cara terbaik untuk menghapuskan lipas kerana kita tak nampak di mana lipas itu bersarang.
Ini menyebabkan kita menyembur aerosol tersebut secara rawak. Jika semburan ini dilakukan dengan agak banyak, ia akan memberi kesan bau yang kurang menyenangkan di dalam kereta.
Hasilnya pun kurang memberangsangkan bilamana tidak banyak pun lipas yang mati.
Cara mudah hapuskan lipas di dalam kereta dengan pelekat lipas
Jangan bimbang. Sebenarnya ada cara yang sangat mudah tanpa perlu melalui usaha seperti yang dinyatakan tadi. Caranya ialah dengan menggunakan pelekat lipas.

Pelekat ini boleh didapati di kebanyakan pasar raya seperti Giants Supermarket, Tesco dan lain. Di kedai hardware dan kedai DIY pun ada. Harganya pun tidak mahal, cuma RM7.50. Di dalamnya ada 5 pelekat yang tahan selama 6 – 7 jam.
Pasti hasilnya nanti anda tidak percaya kerana ia di luar jangkaan anda. Cuba lah…!