•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pernah tak terjadi apabila anda ingin menghadiri upacara tertentu seperti majlis perkahwinan, konvokesyen, annual dinner atau sebagainya dan tiba-tiba muncul pula jerawat di bahagian muka beberapa hari sebelum majlis.

Pasti ianya sesuatu yang boleh menjatuhkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan tetamu di majlis tersebut. Jadi apakah yang anda perlu lakukan bagi menghilangkan jerawat tersebut dengan segera.

Berikut kami kongsikan beberapa tips dan petua mudah yang mungkin anda boleh cuba untuk menghilangkan jerawat tersebut dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati di dapur anda.

1. Jus perahan lemon
Perah jus lemon di atas kapas dan tekap pada jerawat selama 20 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan beberapa kali sehari untuk hasil segera.

 

 

 

2. Bawang putih
Potong bawang putih kepada dua bahagian dan tekap pada jerawat sehingga jus bawang putih meresap pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

Baca juga  15 Tanda Mengalami Kemurungan Di Peringkat Awal.

3. Wap panas
Masukkan air panas ke dalam bekas dan halakan muka di atas wap air panas tersebut.

4. Ais
Letakkan ais pada jerawat beberapa ketika supaya jerawat boleh mengecut.

5. Kulit buah oren
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

6. Madu
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

7. Timun
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya sebagai jus.

8. Ubat gigi
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

Semua bahan yang kami kongsikan ini sangat mudah diperolehi. Anda boleh mengamalkannya pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa anda.

Diingatkan bahawa penjagaan kulit muka adalah penting supaya jerawat tidak mudan menyerang. Selamat mencuba!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini