•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lempeng merupakan menu ringkas yang disukai ramai. Bukan hanya menu ini senang disediakan, malahan ianya mengenyangkan kerana ramuan utama lempeng adalah tepung gandum (karbohidrat).

Namun, untuk menghasilkan menu lempeng yang sedap, ianya perlu disediakan mengikut resepi tertentu. Tidak boleh main campak bahan sahaja.

Jom kami kongsikan resepi lempeng yang lembut.

Resepi Lempeng Mudah Dan Sedap 

  • 2 cawan sukatan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 cawan sukatan air
  • secubit garam

Cara Buat Lempeng

  1. Bancuh semua dalam mangkuk
  2. Kacau sebati jangan ada ketul-ketul
  3. Adunan sepatutnya sedikit cair. Jika nak lempeng nipis, buat agak cair. Jika nak tebal, boleh sediakan adunan yang pekat.
  4. Api pan dipanaskan sederhana.
  5. Kemudian tuang atas pan dan ratakan dengan mengangkat pan dan sengetkan ke kanan ke kiri sikit supaya lempeng itu nipis sahaja atas pan tu.
  6. Perhatikan bahagian tepi-tepi lempeng akan terangkat dan kering sendiri. Bermaksud dah boleh terbalikkan.

Cara memasak lempeng tidak perlukan minyak sebenarnya. Kalau nak berminyak sedikit, hanya sapukan mentega.

Baca juga  9 Tips Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Dan Sedap

Kalau nak minyak juga, sekadar sapuan nipis untuk tidak melekat sahaja. Kali kedua letak adunan sudah tidak perlukan minyak lagi.

Siap!

Menu lempeng akan lebih sedap jika dimakan bersama kuah kari atau sambal bilis.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini