Trip Ke Hat Yai Cuma RM200..! Ni Perkongsian Daripada Gadis Backpacker!!!


Siapa kata nak melancong memerlukan kos yang mahal? Boleh je nak melancong dengan kos yang rendah. Cuma kena pandai la. Kena rajin buat research. Cari offer dan diskaun yang boleh disambar.

Setakat nak pergi ke Hat Yai tu, memang boleh jimat sangat. Baca perkongsian Gadis Backpacker ni. Beliau ke Hat Yai berdua dengan suami kos tak sampai RM200 pun. Perkongsian beliau di Twitter kami kongsikan pula dengan anda di sini (dengan izin beliau)

Cuma perkongsian ini lebih kepada trip untuk makan-makan kat Hat Yai. Ia bukanlah trip untuk shopping, untuk naik gajah, untuk duduk di hotel mewah. Ini trip backpacking..!

Trip Ke Hat Yai dengan kos tak sampai RM200

So dari Alor Setar naik komuter ke Padang Besar, RM5.70 seorang. dua orang RM11.40. Return cost, RM22.80 untuk 2 pax.

Sampai je kat Padang Besar, ini apa yg korang kena lakukan:

Kami naik Komuter dr Loqstaq (Alor Setar) jam 7.30am sampai 8.15am.

Terussssss bergegas untuk beratur ke kaunter tiket train Hatyai.

Sampai awal pun beratur je! Sebab Q panjangggg. Tiket 50 baht / RM7.

Train yang Open Window tu ada 2 waktu je:

  1. dari Padang Besar ke Hat Yai:
    9.55am dan 2.40pm (waktu malaysia)
  2. dari Hatyai ke Padang Besar:
    730am dan 2.00pm (waktu Thailand)

Keluar dari kaunter tiket, terus ke pintu sebelah ambil white card. Better bawak pen sendiri. Kang serabut nak pinjam pen orang pulak!

Dah isi white card tu sambil beratur la kat immigresen. Terus beratur untuk Immigration Malaysia, lepas tu beratur lagi untuk cop stamp masuk Thailand di kaunter Immigration Thailand..

Total waktu dihabiskan untuk beratur: 3 jam

beratur panjang

Train yg sepatutnya bertolak awal, 11am baru dpt masuk.

Masuk train, free seating. Kalau masuk awal, boleh cop tempat duduk tepi tingkap sebab open window menarik tengok pemandangan.

Kalau yang nak beli simkad, dalam tren ada jual 200baht. tapi orang ckp mahal dari beli kedai tepi jalan. Kami cheapskate so tak beli. dah save offline maps siap-siap..

Perjalanan dari Padang Besar – Hatyai cuma 45 minit. Tau-tau je dah sampai! Hahahahahahaha.

Dari Hatyai Station tu terus la berlari menepis segala hasutan pakcik tuktuk. Sebab niat memang nak jalan kaki je dalam Pekan Hatyai.

Destinasi pertama: Kim Yong Market

Tempat shopping katanya. Sebab nak check-in awal lagi so kami jalan-jalan dulu

Kim Yong Market cuma 650m dari HatYai Station. Sebab malas nak habiskan duit utk tuktuk, kami jalan kaki. tak jauh pun haih. tapi niat taknak shopping, and barang pun macam mahal.

so last-last lepak GG Cafe je minum Iced Van Houten Cocoa, 40 baht hahahahaha!

Dalam Kim Yong Market tu ada pasar kering dan pasar basah. Serabut nak tengok pork merata-rata, tak payah la masuk. lagipun pasar kering dia pun macam tak tersusun. Serabut nak shopping. Kasut yang konon kasut Hatyai ni aku beli kat Kedah lagi murah dari kat Hatyai . Beza double price!

Ok sebab dah bosan, jam 12pm tu kami gerak ke guesthouse yg kami dah booking. Yes, jalan kaki lagi.

Tempat Penginapan Get Guesthouse

kami booking Get Guesthouse, 500m dari Kim Yong Market. Dekat agoda harga dia RM62. Kami ada voucher Eatigo, redeem utk Agoda. Bayar RM9.70 je bilik tu after segala rebate.

Ok Get Guesthouse ni aku sangat recommended utk korang stay. Aku sendiri tak sangka room dia sebagus ini. Selain lokasi dekat dengan segala benda, dan bilik penuh barang IKEA, katil dia empuk hoi! Macam hotel. Bantal ssampai 4 bijik, comforter tebal.

Bilik aircond, ada balkoni, towel disediakan, bukan shared bathroom, air mineral disediakan, water heater, coffee & tea, ada TV with Astro & 55 channels, universal plug so tak payah pakai adapter, ada fridge.

Toiletries bagi macam kt hotel, ada hot shower. Bilik & tandas clean. Guesthouse ni ada sediakan rental scooter 300 baht je utk 24 jam, and shuttle service ke Central Festival Mall. Dekorasi guesthouse pun cantik dan tenang dalam perumahan haha!

Kai Tod Daecha

Dah tengah hari tu memang lapar kebuloq la. so kami pi la Kai Tod Daecha yang org Malaysia selalu suggest dalam blog tuuu. 850m dari Get Guesthouse, hey ofcourse la kami jalan kaki. Tak jauh puunnnn

Kai Tod Decha / Decha Fried Chicken Restaurant ni, 90% dalam kedai masa aku datang is Malaysian. Kahkah . Kedai ni kau kena ada tahap kesabaran yg tinggi. Sebabnya:

  1. Seat susah dapat
  2. Makanan tunggu 30-40min.

So kami order: Mixed Tomyam sized kecil (150 baht), Ayam Goreng (50 baht), Nasi Putih sepinggan (15 baht), Bubble Iced Tea yg dah hilang bubble sbb lambat hantar (30 baht).

Total 245 baht.

Tapi takpe, sedap hahaha. tomyam dia penuh khazanah alam. Ayam goreng besar.

Jimat sangat ke sampai order 1 set je utk makan berdua?

1. Aku allergik nasi, dia je makan.
2. Aku tak makan pedas so tomyam x pelahap sangat.
3. Shafiq minum air masak je, teh ais tak minum.
4. Tomyam dia size kecik pun banyak gila share je la! Ayam pun besar baq hang!

Wonderful Massage Salon

On the way balik dari Decha, dah kenyang tu kami jalan kaki nak balik Get Guesthouse. Tapi, sempat singgah Wonderful Massage Salon ni.

Fullbody Thai Massage 200 baht je!!!! Sejam. Spa ni dah la ada aircond, wifi laju. Siap serve teh panas after massage. laki & perempuan asing room.

Khlong Hae Floating Market

Balik Guesthouse sebab kami kan tak beli simkad. Takde internet nak request Grab ke Klong Hae Floating Market. So, dari guesthouse kami request Grab, 135 baht je. Around 10min sampai.. dekat je!

Tudiaaaa ramai gila orang hah!

Dekat Khlong Hae Floating Market ni banyak muslim berniaga. so tak payah risau sangat. Aku memang target nak melahap je kat sini hahahaha. Baiklah aku nak listkan apa aku beli jap.

Thai Kanom Luk Chup – Fruit & Veggie Shaped Mung Beans.

Diperbuat daripada mung beans, gula, santan, dan jelly. Rasa dia manissssssss. Tapi menarik utk dicuba.

20 baht je utk 7 ketul ni

Khanom Kruk – Thai Coconut Pudding.

Ni memang faveret aku la. Pi Thai ka, Laos ka memang aku pelahap benda ni paling banyak. Rasa macam kuih cara gitu. cuma yg ni dia asingkan gula, hang tabur la banyak mana.

20 baht jugak.

Khai Nok Krata Thod – Thai Fried Quail Egg

telur burung puyuh

Alaaaaaa telur burung puyuh tu? hah. dia goreng. haha. comel kan? Pastu dia tabur white peppers and kicap. Aku muak sampai tak habis.

20 baht jugak

Khai Jiao – sejenis omelette ada inti mussels, sotong dan taugeh.

Kenyang makan omelette gini. 30 baht je punnnn

Comel kan? Nak beli air dalam bamboo 20 baht tp bamboo habis So aku beli air kelapa dalam cawan ultraman ni 20 baht. Ada macam2 jenis cawan. Refreshing gila air kelapa dia.

air kelapa

Pastu beli baby nenas, 25 baht. Manis gila. ada yg lagi kecik harga 20 baht.

For dessert makan pulak crepe chocolate ni hah 35 baht. Amboih makan tak henti kat Khlong Hae Floating Market ni. Lagi banyak dr makan kat Decha sbb street food murah-murah.

ada org tnya tak pi Khlong Hae Seafood ke yg viral tuuuu? Malas aku serabut habis 300 baht makan situ. korang nak makan seafood kt Floating Market ni pun banyak. Pad Thai, Som Tam, Mango Sticky Rice semua ada.

Masa ni, dalam hati aku: “apesal la kita habiskan sampai 245 baht makan kat Decha td? kat khlong hae floating market ni nilai sama pn macam-macam leh melantak”

Dari 6 petang sampai 8 malam duk sini, makanan pun banyak dah habis terjual…. habis la dalam 170 baht je utk makanan. Lepas tu nak balik macam blur sebab takdak internet. Mujur ada budak-budak Malaysia lagi 8 orang nak cari tuktuk. Kami bayar 50 baht sorang untuk balik town.

On the way balik guesthouse, singgah 7E. Hahaha! Sebab orang kata kat sini wajib try Meiji tu. Gigih la aku shopping kejap. Total semua ni 64 baht

Balik Ke Malaysia

Pagi tadi, jam 630am dah jalan kaki slow-slow ke Hatyai Railway Station.

naik tren 730am takde org sangat. tak sesak. Ye, jalan-jalan cari makan je. Tak shopping sebab rasa mahal. shopping kat Perlis or Kedah lagi murah kahkah. Maybe sebab rate RM dah jatuh. Tiket tren 50 baht.

Aku tak pi Samila Beach sebab malas pi sana semata nak jmpa patung mermaid sikat rambut tepi pantai tu haha. Jauh dan costly. Tak pi jugak Asian Bazar malam tu sebab xde niat nak shopping. Elephant Riding pun tak pi sebab tak nak seksa gajah. Siannnn diek 😔

kos semua:

Train (return) : RM22.80 & 100 baht .
Grab & Tuktuk: 230 baht.
Makan minum shop: 519 baht
Massage: 400 baht
Hotel: RM9.70 (after rebate)

= 1249 baht (RM157) + RM32.50
= RM189.50

Balance duit kami ada beli kacang utk org kirim hahahahahaha

Kesimpulan:

1. Nak jimat banyak jalan kaki. nak rent scooter pn 300 baht je sehari. lg jimat dr grab.

2. Aku tak shopping baju ke apa sbb harga kt padang besar lagi murah haha! Makan heaven la Hat Yai.

3. Activity banyak boleh try. Mall banyak boleh terjah. Depends budget masing-masing.

Kami dah selalu travel. Pi Hat Yai pun pakai baju Hat Yai beli kat Padang Besar RM15. Hahaha so focus travel selalu bukan shopping. tapi more to makan & melawat tempat-tempat best

Next time maybe boleh lajak ke Koh Lipe pulak? 😅

Jap lupa nak add. Get Guesthouse tu ada Bunk Bed. Utk yg travel bujang, boleh tido Bunk Bed Max 2 pax. 1 room ada 2 katil bunk bed. RM44 / 2 org = RM22 sorang. JIMAT!

Guna Agoda. Banyak instant rebate, and gift card diorg bg. so akan jd lebih jimat.

Murah jer kan untuk sampai ke Hat Yai. Keyword dia, kena rajin buat research dan guna diskaun apa saja yang anda boleh dapat. Rajin-rajin follow page-page yang berlambak kat Facebook pasal travel ni. Boleh tanya dan dapatkan ittenarary jugak kat situ.

Boleh follow jugak blog-blog tentang travel dan thread-thread di twitter yang berkisar tentang travel macam ni.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini