Apa Itu Ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak.
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
- Elakkan mandi air panas/suam.
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
- Elakkan dari fabrik yang kasar.
- Jangan gunakan sabun apabila mandi.
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Adakah Ekzema Boleh Dirawat Menggunakan Perubatan Moden?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa.
Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
- Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Sekiranya anak anda menunjukkan simptom ekzema pada peringkat awal, segeralah berjumpa dengan doktor. Mintalah nasihat dan kaunseling daripada mereka yang lebih pakar.
Salah seorang doktor pakar merawat penyakit ekzema di Malaysia ialah Dr. Kartini daripada Hospital Pakar Avisena Shah Alam.
Beliau akan mengadakan satu siri workshop dan kaunseling yang akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai apa itu Ekzema, punca-punca Ekzema dan cara-cara mengawal Ekzema.
Sesi kaunseling ini akan di adakan pada 8 Disember 2018 (sabtu) bertempat di Dewan Kayangan, Tingkat 1, Hospital Pakar Avisena Shah Alam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 5 petang.
Daftar segera. Tempat adalah terhad.
Percuma goodies bag dan sample pelembap dari penaja untuk setiap penyertaan.