Ini Caranya Untuk Simpan Daun Bawang Supaya Segar Lebih Lama


Memasak sememangnya menyeronokkan. Dapat merasa masakan hasil air tangan sendiri, disamping dapat menyediakan makanan buat keluarga tersayang. Namun, ada sesetengah daripada bahan yang digunakan untuk memasak tidak dapat tahan lama. Salah satunya adalah daun bawang.

Baru je beli daun bawang ni, dah berlendir tak boleh guna..

Sejujurnya, apabila terjadi situasi sedemikian, agak stress kerana terpaksa keluarkan duit sekali lagi apabila hendak menggunakannya. Lebih menyakitkan hati apabila jumlah yang dijual adalah banyak sedangkan kuantiti yang hendak digunakan adalah sedikit.

Berkongsi tips akan cara bagaimana untuk menjadikan daun bawang tahan lama, seorang pengguna Facebook berkongsi panduan yang beliau telah amalkan. Bagaimanakah caranya? Jom baca dibawah.

Biasa takdan habis guna, daun bawang dah kecut & x elok nak guna dah. Jadi hujung minggu haritu ibu cuba tips daun bawang tahan lama yg rakan fb kongsikan. Tapi ibu inovasikan ckit sbb xde bekas kecik2 & utk jimatkan ruang esbok. Alhamdulillah daun bawang kekal segar bila nak guna tu. Penerangan ada disetiap gambar ye.” – Naziati Abdullah

1. Hiris daun bawang dan isi dalam bekas kiub ais.

2. Isi air (ibu guna air yang sejuk untuk cepat beku)

3. Bila dah beku & keras, boleh simpan kiub-kiub daun bawang tu dalam satu bekas. Bila nak guna, senang amik kiub-kiub campak je dalam masakan. inshaAllah daun bawang masih kekal segar.

Sempoi kan tips ni? 🙂


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini