Cara Untuk Dapatkan Lagu Kegemaran Melalui Aplikasi Telegram


Satu kelebihan aplikasi Telegram bilamana ia berkonsepkan sumber terbuka yang bermaksud, sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada perkembangan aplikasi ini. Salah satu daripada effort yang dibuat oleh golongan pengatur cara ini apabila wujudnya satu bot yang diberi nama VKM Bot.

VKM Bot adalah satu channel automasi bot yang dapat membantu pengguna untuk mencari dan memuat turun lagu-lagu yang ingin didengar. Berdasarkan percubaan yang telah dilakukan, kualiti audio yang disediakan boleh dikatakan bagus tanpa sebarang pecah suara.

Bagi anda yang belum pernah mendengar tentang bot ini dan berminat untuk menggunakannya, dibawah disediakan tutorial ringkas akan cara memuat turun lagu pilihan anda.

  1. Mula-mula, log masuk ke aplikasi Telegram dan pada Contacts, taip VKM Bot. Kemudian pilih dan klik pada ikon berwarna hitam. Seterusnya didalam channel VKM Bot tersebut, klik Start yang mana anda akan menerima 4 pilihan untuk mencari nama lagu, artis, tetapan bahasa ataupun Settings.
  2. Seperti contoh yang digunakan dalam gambar, pilihan mencari artis digunakan dimana setelah nama artis dimasukkan, senarai lagu akan dipaparkan. Kemudian, berdasarkan nombor turutan yang diberikan pula, pilih lagu dan masukkan nombor pilihan bersama tanda back slash ( / ) dihadapannya, contoh /2. Tekan Send. Fail lagu akan disediakan dan sedia untuk dimuat turun.
    Akan tetapi perlu dimaklumkan, buat masa ini lagu yang dimuat turun akan disimpan didalam aplikasi sahaja.
  3. Sekiranya terdapat puluhan lagu yang telah dimuat turun dan anda ingin mengaksesnya dengan mudah, pergi pula ke bahagian Info channel bot tersebut. Kemudian, pergi ke Shared Media, dan klik pada bahagian Audio. Tadaa, kesemua lagu-lagu anda akan terkumpul disini.
  4. Untuk mainkan lagu, klik sahaja pada lagu.

Mudah kan?

Bukan itu sahaja. Setelah lagu ini dimuat turun, ia juga sebenarnya boleh digunakan sebagai ringtone. Namun begitu untuk menjadikannya sebagai ringtone, anda perlu mengalihkannya kepada folder simpanan lain terlebih dahulu.

Bagi pengguna iPhone, caranya mudah sahaja kerana apa yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

  1. Muat turun dulu aplikasi percuma Documents yang merupakan aplikasi File Manager.
  2. Kemudian di dalam channel VKM Bot tadi, klik dan hold fail lagu selama 2 saat sehingga keluar butang More. Klik pada More dan anda akan dipaparkan dengan ikon Upload/Share dibahagian bawah skrin.
  3. Klik pada ikon Upload/Share, dan seterusnya pilih Copy to Documents. Siap.

Seterusnya untuk menjadikan ia sebagai ringtone, follow sahaja tutorial ini – Cara Mudah Tukar Dan Buat Ringtone iPhone Tanpa Menggunakan iTunes.

Nota: Tutorial untuk Android akan dikemaskini dengan segera.

Tetapi perlu diingatkan bahawa kami di OHSEMPOI.com tidak menyokong aktiviti lanun cetak rompak. Tutorial di atas hanya disediakan bagi proses pembelajaran. Namun, sekiranya anda suka mendengar lagu-lagu di gadget masing-masing, disarankan anda membelinya secara sah ataupun boleh juga melanggan perkhidmatan music streaming seperti Spotify secara bulanan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini