Musim peperiksaan yang penting dah menjelang tiba. PT3 bakal bermula dalam masa 2 minggu saja lagi. Murid-murid tingkatan 3 sekarang sedang bersiap sedia di fasa akhir untuk ‘peperangan’ yang akan bermula awal Oktober ini.
Kami di Ohsempoi pun semacam terasa debaran anak-anak yang bakal berdepan dengan PT3 nanti. Oleh itu kami cuba dengan cara kami untuk membantu. Antaranya kami terbitkan artikel berkenaan dengan tips, amalan dan doa-doa untuk menghadapi peperiksaan.
Jika sebelum ini kami kongsikan petua dan amalan untuk elakkan daripada lupa ilmu yang telah dihafal dan dipelajari, kali ini kami kongsikan lagi cara ataupun petua untuk mengingat semula apa yang kita hafal dan baca sebelum ini semasa kita di dewan peperiksaan.
Cara ini berkait rapat dengan psikologi dan amat jarang dikongsi. Namun ianya sangat efektif jika kena dengan cara amalannya. Cara ini dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar.
3 cara powerful untuk ingat semula apa yang kita hafal di dewan peperiksaan
1. Memakai minyak wangi
Boleh guna apa jenis minyak wangi sekalipun, janji wangi dan menyenangkan hidung kita. Sebaiknya gunalah minyak wangi kasturi kijang. Ia dikatakan sangat disukai oleh Rasulullah. Dikatakan juga minyak wangi kasturi ini dapat mencerdaskan minda kepada pemakainya.
Ambik minyak wangi tersebut (dengan pewangi tertentu), dan sembur pada tangan. Hidu/bau dan baca subjek tertentu, sejarah misalnya.
Pada hari peperiksaan nanti, pakai minyak wangi bau yg sama, sembur pada tangan. Dalam dewan peperiksaan nanti (subjek sejarah misalnya) bau wangian di tangan kita dan mula menjawab soalan. InsyaAllah akan ingat semula apa yg kita baca sebelum ni.
2. Menggunakan pergerakan mata
Sewaktu nak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, untuk ingat semula fakta yang telah dibaca, gerakkan mata kiri keatas, ataupun ke tepi/samping (lihat video). Ia akan memberi ingatan tentang fakta yang kita baca semula.
Tapi jika subjek yang perlu jawapan kreatif, kita hendaklah pandang kanan keatas atapun kanan ke samping (lihat video) untuk mengingat semula.
3. Menggunakan emosi
Hadirkan emosi tertentu sebelum kita baca (sebelum tiba waktu peperiksaan). Emosi gembira contohnya. Kemudian kita kaitkan emosi yang kita cipta dengan bahan ataupun subjek yang kita baca.
Ini adalah kerana pusat memori berada di dalam pusat emosi. Jadi ia memang berkait rapat untuk mengingat semula.
Contohnya, kita baca subjek sejarah (sebelum tiba waktu peperiksaan). Kita cipta mood happy (gembira). Dalam dewan peperiksaan nanti hadirkan mood happy tersebut. InsyaAllah apa yang kita baca pada masa sebelum tiba peperiksaan tersebut akan kembali muncul di ingatan.
Selamat beramal ya adik-adik. Apa-apa pun yang kita buat, ia hanyalah usaha kita. Apa hasilnya nanti kita serah kepada Allah. Kita bertawakkal dan berdoa. Kena ingat, Allah Maha Bijaksana dalam merancang hidup hambaNya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
Terima kasih kepada Dr Rizal Abu Bakar yang sudi berkongsi tips rare dan mahal ini.