Cari Resipi Sedap Dan Mudah di 5 Blog Ini.


Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai surirumah yang memasak menggunakan blog resipi sebagai sumber rujukan semasa menyediakan menu istimewa di dapur rumah. Ini bukan bermakna mereka ‘tidak pandai memasak’ tetapi merupakan alternatif untuk menyediakan variasa makanan yang enak dan sedap untuk santapan yang tersayang.

Di Malaysia, ada banyak blog yang berkongsi resipi mudah dan sedap. Saban hari semakin bertambah blog ber’niche’kan seperti ini bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ . Setiap orang,seleranya berbeza. Pada kami, 5 blog resipi yang akan kongsikan adalah blog resipi yang sentiasa kami jadikan rujukan sebagai idea memasak di rumah.

5 Blog Resipi Mudah dan Sedap.

1# MyResipi.com

Dengan tagline ‘Jom Kongsi Resipi‘, blog ini berkongsi tentang cara membuat, cara memasak dan anda boleh download pelbagai resepi yang mudah, simple, ringkas dan sedap di sini.

Menu yang dikongsikan juga pelbagai seperti menu Nusantara, Barat, Asia, menu pencuci mulut dan banyak lagi.

resipi mudan dah ringkas
MyResipi.com

2# Rasa.my

Rasa.my bukan sahaja berkongsikan resipi masakan, turut juga berkongsi tentang petua di dapur. Kemaskini tentang tempat makan sedap di merata tempat juga boleh dibaca di sini. Juga, banyak info dan ‘benda’ baru di dapur yang kami pelajari daripada blog ini. Pendek kata, pelbagai info bermanfaat bakal anda perolehi apabila membaca blog ini.

Resipi Mudah Rasa.my

3# Resipimudah.com

Tidak suka memasak menu masakan yang komplikated? Anda boleh rujuk blog ini untuk resipi mudah paling popular di kalangan isteri-isteri bekerjaya.

Ye la kan, selepas waktu pejabat, dengan membazir masa di dalam kesesakan lalulintas, resipi mudahlah yang akan dicari supaya suami dan anak-anak tidak kelaparan menunggu menu makan malam siap terhidang.

resipi mudah

4# maggi.com.my

Siapa tak kenal produk maggi keluaran Nestle? Boleh dikatakan, 99.99% kenal apa itu maggi. Untuk makluman, produk maggi bukan sekadar mi maggi kari, ada macam-macam lagi seperti sos cili, perencah nasi beriani dan kiub pati ayam.

Di blog maggi ini, mereka berkongsi tentang pelbagai resipi mudah dengan cara kreatif dan sedikit kelainan menggunakan produk maggi. Barulah kami tahu, banyak menu sedap boleh dihasilkan menggunakan produk ini.

resipi guna produk maggi

5# tiffinbiru.com

Ini blog resipi paling popular di kalangan blogger dan pengguna media sosial. “Dapur Tanpa Sempadan” bukan sahaja berkongsi tentang resipi mudah yang dekat di hati pembaca, tetapi gambar-gambar juga sangat natural dan lawa giler!

Nak resipi lauk pauk melayu atau kek-kek sedap, anda boleh dapati semua di blog ini.

blog dapur tanpa sempadan


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini