Semalam, viral di group-group WhatsApp tentang ribuan serangga cengkerik yang menyerang Masjidil Haram, Mekah.
Ada di antara gambar tersebut menunjukkan cengkerik sedang menghurung kawasan masjid dan ada yang hinggap di badan Jemaah yang sedang menunaikan solat.

Ia sedikit sebanyak mengganggu aktiviti ibadah jemaah di situ. Mana taknya, kat badan pun serangga ni datang. Kalau kena jemaah yang takut serangga, mesti tak khusyuk solat.
Namun pujian harus diberi kepada kerajaan Arab Saudi kerana tindakan pantas pihak berkuasa melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Satu pasukan khas telah dilantik untuk berdepan dengan masalah serangan cengkerik ini. Ini demi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera demi keselamatan dan keselesaan tetamu Allah.
Sebenarnya peristiwa serangan serangga sebegini bukanlah perkara baru bagi mereka. Sebelum ni pun pernah terjadi Masjidil Haram diserang belalang dan sebagainya.
Semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah. Dia maha mengetahui segala hikmah di sebalik sesuatu kejadian.