•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Chicken chop kebiasaanya disajikan bersama sos black pepper atau sos cendawan. Tapi bagaimana jika chicken chop dihidangkan bersama kuah rojak? Pelik bukan?

Tapi itu lah menu yang menjadi tarikan di Whip and Whisk Bake Shop & Cafe yang terletak di Alam Damai, Cheras.

Oriental Chicken Chop ini merupakan daging ayam yang diperap dan dibakar serta dihidangkan bersama sos oriental yang dicipta khas oleh chef berpengalaman. Sos oriental merupakan gabungan 7 jenis sos yang memberikan rasa solah-olah seakan kuah rojak ditambah pula ditaburi biji bijan dan buah nenas serta laici. Percayalah bahawa gabungan unik ini merupakan sesuatu yang cukup menjadi dan sangat sedap.

Satu lagi menu istimewa yang terdapat di cafe ini yang perlu anda cuba adalah roti john istimewa. Lebih menarik lagi kerana roti yang digunakan adalah dihasilkan sendiri di cafe ini. Turut dihidangkan bersama adalah curly fries home made yang digoreng garing.

Baca juga  Resipi Cendol Durian Yang Mudah dan Sedap

Selain menu utama yang bertemakan western food, Italian dan makanan tempatan, cafe ini juga menyediakan aneka pastry dan kek yang dibuat segar setiap hari.

Cafe hipster ini yang telah beroperasi sejak tahun 2017 kini menjadi tumpuan penduduk sekitar bukan kerana keistimewaan menunya semata-mata tetapi dipengaruhi juga dengan konsep minamalis yang memberikan keselesaan kepada pelanggan yang berkunjung kesini.

Jika anda ingin mencubanya sendiri, boleh pergi ke Whip And Whisk Bake Shop & Cafe yang terletak di Alam Damai, Cheras.

Facebook: Whip and Whisk Bake Shop & Cafe
Instagram: Whip and Whisk KL
Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-9107 3987

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini