Debudu, Budu Dalam Bentuk Serbuk Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa


Budu adalah salah satu makanan asli orang pantai timur. Ia terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Budu dibuat daripada ikan bilis. Sebab itu ia juga dikenali sebagai Sos Ikan Bilis.

Budu telah dibuktikan secara saintifik mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia juga dikatakan boleh menjadikan orang yang mengamalkan pemakanannya awet muda. Mungkin sebab inilah budu semakin mendapat perhatian ramai bukan sahaja di kalangan orang Malaysia, malah pelancong asing juga tidak ketinggalan mencubanya.

Debudu, serbuk budu

Masalah utama budu ialah aromanya yang agak menusuk hidung. Sebab ituah ia sukar untuk dibawa ke mana-mana terutama jika manaiki kapal terbang. Budu juga berbentuk cecair yang mana ia menghadkan penghantaran ke luar negara melalui jalan udara.

Kini masalah-masalah tersebut bukan lagi masalah apabila budu berjaya diproses dalam bentuk serbuk.

Diberi nama ‘Debudu’, produk terbaru ini merupakan hasil ciptaan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM). Inisiatif ini diambil untuk membawa produk budu ke pasaran antarabangsa.

Yang menariknya serbuk Debudu ini boleh dilarutkan kembali menjadi bentuk budu yang asal dalam bentuk cecair dengan mencampurkan dengan sukatan khas air tanpa perubahan warna dan juga rasa.

Debudu mempunyai banyak kelebihan dan sangat sesuai untuk tujuan komersil disebabkan cirinya yang ringan, tahan lama, mudah dibawa, menjimatkan ruang dan kos serta kegunaan yang pelbagai.

Debudu berjaya dihasilkan setelah kajian dibuat selama 6 bulan dengan bantuan dana sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia sebanyak RM100,000. Teknik penghasilan budu serbuk ini sama seperti susu tepung iaitu menggunakan mesin Ultra Sonic Spray Dried.

kajian selama lebih 6 bulan membuahkan hasil yang amat membanggakan

Kerja keras para penyelidik ini membolehkan mereka menggondol beberapa anugerah iaitu pingat perak pada Konvensyen Antarabangsa, Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2009, pingat emas Pameran BioMalaysia KLCC dan tempat pertama Pertandingan Inovasi Kebangsaan Melalui Pameran 2018, menerusi produk Debudu yang diinovasi dalam bentuk serbuk perasa.

Pada masa ini, UMT sedang mencari syarikat atau agensi yang berminat untuk mengkomersialkan produk Debudu ke pasaran tempatan dan luar negara dalam usaha memartabatkan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur itu.

Produk Debudu dihasilkan dalam tiga variasi iaitu perasa asli, perasa tambahan (cili dan bawang) serta serbuk perasa yang sangat lazat jika digunakan bersama daging burger dan masakan yang dipanggang atau dibakar.

Kami di Ohsempoi sangat teruja untuk mencuba dan membuat review lanjutan tentang produk ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini