Siapa yang tidak kenal dengan bekas pengacara Anugerah Juara Lagu yang kini lebih dikenali sebagai Diva AA iaitu Azwan Ali. Trademark beliau yang sering menggunakan perkataan ‘see my level’ tiba-tiba dibidas oleh kenyataan seorang pengguna twitter yang menjawab pertanyaan Diva AA dengan ungkapan ‘Not my level’.

Diva AA atau nama penuhnya Mohamed Azwan bin Ali bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-54 pada 13 Februari 2020 telah bertanyakan kepada pengikutnya siapakah yang berminat untuk menyertai sambutan majlis hari lahir yang akan diadakan nanti. Pengikutnya yang menggunakan akaun twitter Lan Careno telah menjawab “Tak nak, not my level” telah mengundang rasa marah Diva AA sehingga beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengguna akaun tersebut.

Mendakwa bahawa beliau hanya berniat untuk bergurau dengan Diva AA, tidak menyangka akan dimarah menggunakan kata-kata yang tidak sopan.

Menurut Lan Careno, beliau sebelum ini mengikuti akaun twitter Diva AA kerana rasa terhibur dengan gelagat pengacara tersebut yang dikatakan sangat diva dan kini beliau telah disekat dari mengikuti akaun twitter selebriti tersebut.

Baca juga  Berbangsa Cina Hokkien, Tapi Dapat 8A Dalam UPKK..!

“Berakhir sudah hiburan aku kat Twitter,” begitulah luahan pemilik akaun twitter tersebut yang telah memuat naik screenshot kemarahan selebriti tersebut yang telah mendapat lebih 9,000 retweet dari warga twitter. Rata-rata warga twitter mengecam Diva AA yang dianggap keterlaluan dalam mengeluarkan kata-kata.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini