Samsung dan Apple, dua jenama besar yang saling bersaing dalam arena telefon pintar. Setiap keluaran model telefon pintar terbaru mereka sering menjadi perbandingan yang mana ia kadang-kala turut dijadikan subjek dalam sesebuah iklan untuk menyindir pesaing masing-masing.

Terbaru dalam menghangatkan isu permusuhan diantara dua jenama ini, apabila ia melibatkan pelanggaran kontrak oleh seorang duta Samsung dari Russia, iaitu Ksenia Sobchak yang merupakan pembaca berita.

Difahamkan Ksenia Sobchak yang pada ketika itu sedang dalam siaran langsung berita tersilap langkah apabila secara tidak sengaja terdedahkan telefon pintar miliknya yang merupakan Apple iPhone X, walaupun pada ketika itu ia telah dilindung dengan kertas putih.

Ksenia Sobchak ketika dilihat menggunakan Apple iPhone semasa siaran langsung diadakan.

Berikutan kecuaiannya itu, Samsung kini telah bertindak memfailkan saman bernilai £1.25 juta (lebih kurang RM6 juta) dan berkemungkinan besar Ksenia Sobchak akan ditamatkan kontrak sebagai duta Samsung.

Melihat kepada kes-kes seperti ini, mungkin ia dilihat sebagai tamparan hebat dan karma buat Samsung. Lebih-lebih lagi apabila Samsung acap kali mengeluarkan video-video komersil yang bersifat sindiran terhadap jenama buah itu.

Baca juga  Mula Mendaftar KWSP-Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Mulai 15 Ogos 2018

Dalam situasi lain di negara kita sendiri, ramai dikalangan artis yang terpilih sebagai duta telefon pintar pelbagai jenama. Diharap mereka sentiasa berwaspada terhadap segala tindak tanduk mereka terutamanya ketika berada dikhalayak umum, ini kerana bagi mengelakkan kejadian yang tidak disengajakan seperti ini dapat dielakkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini