Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina tidak lama lagi. Sebelum tiba hari perayaan ini, limau Mandarin sememangnya mudah didapati di mana-mana sahaja.

Di pasar raya mahu pun di gerai buah-buahan biasa ada dijual dengan harga yang murah berbanding di luar musim perayaan. Syarikat-syarikat juga turut menghadiahkan limau Mandarin ini kepada staf dan juga individu lain.

Limau Mandarin kaya dengan Vitamin C. Dengan rasanya yang masam masam manis, tidak hairanlah limau ini menjadi kegemaran ramai. Ada yang terus kupas kulit dan terus makan sebaik sahaja mendapat limau Mandarin ini.

Ops..bahaya makan limau Mandarin begitu sahaja. Tertib makan limau Mandarin ada caranya. Bukan boleh terus kupas dan makan.

Ramai yang tidak tahu cara betul makan limau Mandarin. Disebabkan perkara ini, bilangan pesakit yang sakit tekak dan batuk meningkat sekali ganda di musim perayaan Tahun Baru Cina.

Apa kaitan sakit tekan dan batuk dengan limau Mandarin?

Kebanyakan liman Mandarin ini diimport daripada luar negara. Pengusaha limau Mandarin ini akan menggunakan sejenis bahan kimin “Sulphur Dioxide” untuk melindungi kulit limau daripada dijangkit serangga, kulat atau bakteria.

Baca juga  Cara Rawat Ekzema

Buah limau ini akan direndam di dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut. Pendek kata, ia digunakan sebagai bahan pengawet untuk memastikan limau tersebut dapat bertahan lama.

Apakah kesan “Sulphur Dioxide” kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan keradangan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Selain itu, pesakit berisiko mengalami sakit perut dan radang usus.

Sebelum makan limau mandarin, cuba ikuti langkah-langkah ini:

  1. Basuh atau rendam limau terlebih dahulu, barulah dikupas dan dimakan.
  2. Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak terkena pada isi limau.
  3. Pakailah sarung tangan ketika mengupas buah limau.

Langkah ini tampak ringkas tetapi mampu mengelakkan anda mengalami ketidakselesaan akibat limau Mandarin ini.

Lagi satu, makan tu biarlah berpada-pada.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini