Setiap tindak-tanduk dalam kehidupan ada risiko. Begitu juga dalam perkahwinan. Sama ada pasangan lelaki dan perempuan akan setia selamanya atau pun berisiko dicurangi.
Yang pasti, setiap lelaki dan perempuan tidak mahu ditipu dan dicurangi, pedihnya di sini (tunjuk dada anda!)
Sebenarnya banyak sebab yang boleh memungkinkan pasangan itu curang. Dalam isu ini, boleh dikatakan isteri yang sentiasa menjadi mangsa.
Jadi, kami ingin kongsikan 5 tips untuk elak suami curang.
Tips #1 Elak Suami Curang: Jangan bagi peluang suami curang
Kenal pasti sebab-sebab seorang suami curang. Basic!
Kemudian, isteri perlu hapuskan kemungkinan ini. Cakap senang kan. Ya, memang senang sebab ini perkara asas.
Wujudkan sifat keterbukaan dalam rumahtangga, bertimbangrasa, kenal pasti kelemahan diri dan minta maaf jika ada kesilapan. Jika suami tidak mahu mula, isteri yang mulakan terlebih dahulu. Tidak salah untuk isteri rendahkan ego terlebih dahulu.
Please jangan mencabar keegoan suami untuk ‘cari lain’.
Jika buat juga, ini adalah peluang untuk suami tunjukkan ‘kehebatan’ dia.
Tips #2 Elak Suami Curang: Jangan percayakan suami 100%
Ada yang pernah nasihatkan isteri kena percayakan suami demi keharmonian rumahtangga. Ya, betul tetapi bukan 100%. Simpan sedikit % itu untuk sebarang kemungkinan.
Menurut penulis penulis Gretchan Rubin, jika anda tidak boleh menduga suami akan curang, ketika itulah suami akan lebih mudah tergoda!
Setiap pasangan ada kelemahan masing-masing. Isteri harus menerima kekurangan suami dan jangan bandingkan dengan suami orang lain adalah satu cara terbaik untuk elak suami curang. Berlapang dada.
Ada suami yang “nampak bahagia” tetapi masih curang di belakang isteri..apa cerita?
Tips #3 Elak Suami Curang: Jangan kawal hidup suami.
Kawal hidup suami dan ambil berat hal suami adalah dua situasi yang berbeza. Suami sangat suka isteri ambil berat hal suami tetapi paling tidak suka apabila isteri mengawal setiap gerak-geri suami. Mungkin suami tak menyatakannya dengan lisan, tetapi ini realiti.
Perasaan ‘suami’ seolah-olah mereka hidup dipenjara perlu dielakkan.
Menurut kajian dalam Journal of Personality and Social Psychology, semakin anda mengawal pasangan, semakin mereka cenderung untuk curang.
Tips #4 Elak Suami Curang: Komunikasi 2 hala suami isteri.
Isteri ada masalah, mengadu dan berceritalah pada suami. Pasti dia akan menjadi pendengar yang bahu. Begitu juga bila suami ada masalah, pinjamkanlah telingan dan bahu untuk mereka. Jangan sampai ada ‘perempuan’ lain yang terlebih dahulu pinjamkan peha mereka..hehe.
Wujudkan komunikasi dua hala. Jangan isteri sahaja yang bercerita dan inginkan perhatian. Didik diri sendiri dan suami untuk berkongsi cerita setiap hari. Ini juga satu cara terbaik untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri.
Berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan akan menyelesaikan pergaduhan mahupun konflik dengan lebih bijak, kata pakar psikologi Leslie Becker Phelps.
Tips #5 Elak Suami Curang: Selain nafsu makan, puaskan nafsu seks suami.
Pernah kan dengar cerita suami minta cerai sebab tidak puas dengan aksi isteri di ranjang. Jangan mencemuh, sebab ini perkara betul. Jangan ambil mudah dengan hubungan seks suami isteri. Ini perlu dipelajari, perlu dikaji.
Isteri perlu sentiasa berkomunikasi tentang hal ini bersama suami. Tak salah pun untuk bertanyakan posisi kegemaran suami atau pun beritahu dia posisi kegemaran anda. Kejujuran sangat penting dalam hubungan seks.
Mungkin ada yang tidak tahu, mandi bersama, berpelukan dan berciuman merupakan cara terbaik menjaga dan menghangatkan lagi hubungan perkahwinan. Jangan ambil mudah hal-hal ini. Luahkan kata-kata cinta memang mudah tetapi mahu memuaskan nafsu seks suami memerlukan ilmu dan pemahaman yang mendalam.
Kami harapkan 5 tips elak suami curang, khas untuk isteri ini mampu membantu usaha mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga anda.
Selamat berusaha!