•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seringkali kita dapat melihat rupabentuk awan yang menyerupai sesuatu seperti pistol, kereta, watak kartun dan lain-lain. Tapi ia menjadi sangat unik apabila terdapat awan yang berbentuk kapal angkasa UFO seolah-olah tersangkut di puncak Gunung Kinabalu.

Tular di media sosial baru-baru ini tentang kejadian awan tersebut yang dapat dilihat dengan jelas di sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, Sabah. Ia adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah, berkata awan lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata pembentukan awan itu adalah fenomena biasa. “Orang sini panggil awan itu sebagai sirung nabalu atau sigar nabalu (topi tradisional) berdasarkan bentuknya menyerupai penutup kepala (topi) tradisional masyarakat Kadazandusun.”

Bagaimanapun, bagi penduduk setempat ia memberi petanda bahawa musim kemarau akan tiba.

Bertuah sungguh bagi mereka yang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah dengan mata sendiri. Berikut kami kongsikan beberapa gambar hasil carian google yang dirakam berkenaan awan lentikular di seluruh dunia.

Baca juga  Kenyataan Hairul Mengundang Persepsi Negatif Orang Awam Terhadap Tahap Keselamatan Di ESSZONE
Gunung Tidore, Indonesia
Pulau Litla Ditmun, Denmark.
Gunung Etna, Italy

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini