Persaingan sengit AFF Suzuki Cup 2018 telah pun melabuhkan tirainya pada malam ini. Tahniah kepada pasukan Vietnam yang telah menjuarai AFF Suzuki Cup pada edisi kali ini.

Perlawanan akhir telah menyaksikan pasukan Malaysia menentang Vietnam pada Final 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan seri 2-2.

Pada Final 2 yang diadakan pada malam ini di Hanoi telah memuktamadkan juara edisi 2018 adalah milik Vietnam dengan aggregat 3-2.

Tahniah juga kepada Harimau Malaya yang telah bermain secara ‘all-out’ dari peringkat awal sehingga berjaya ke perlawanan akhir. Bukan satu perkara yang mudah.

Juga, setinggi-tinggi tahniah kepada ‘ekor’ Harimau Malaya yang menyokong dengan penuh semangat patriotik di saat mereka di atas mahu pun di bawah.

Bukan rezeki Harimau Malaya untuk menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun ini. Kita cuba lagi pada edisi akan datang!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Nissan GT-R50 Italdesign, "Godzilla" Jepun Yang Menerima Sentuhan Itali

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini