Siapa sangka serbuk kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan. Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah melumurkan serbuk kunyit Adabi ke atas seekor gajah yang mengalami masalah kulit.

Sebanyak 7kg serbuk kunyit Adabi diperlukan bagi melumurkan keseluruhan badan gajah sebelum dibiarkan agar khasit pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah.

Antara khasiat yang diperolehi dengan melumur serbuk kunyit ke badan gajah adalah untuk merawat luka-luka kecil yang ada, merawat gigitan serangga, bertindak sebagai anti septic pada kulit dan sebagai agen pemulih kulit.

Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini sememangnya baik untuk kulit gajah.
Kunyit sememangnya diketahui sebagai salah satu bahan semulajadi yang memiliki khasiat yang tinggi dalam menjaga kecantikan kulit bukan hanya pada gajah malah sesuai juga untuk kulit manusia.

Kunyit mengandungi pelbagai zat dan vitamin selain bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat tumbuhan jerawat atau luka. Selain itu kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.
Tips: Campurkan serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan sapukan pada kulit yang merekah pada tumit kaki. Sapu rata agar ia dapat meresap pada kulit yang kasar. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air. Hasilnya tumit kaki yang merekah dan kasar akan kembali halus dan licin.