Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan semenanjung Minahassa, Sulawesi Indonesia pada pukul 6.02 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 80 km utara dari Palu, republik itu.

Dua gempa susulan yang berukuran 5.3 dan 5.9 pada skala Richter masing-masing pada 6.14 petang dan 6.16 petang, turut dilaporkan melanda lokasi sama.

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia iaitu lebih daripada setengah meter tinggi hingga maksimum 3 meter.

Tular dimedia sosial dan juga applikasi What’s App beberapa video yang dilaporkan kejadian tsunami yang telah berlaku di Sulawesi, Indonesia. Walau bagaimanapun kesahihan video tersebut masoh belum dapat dipastikan lagi.

Oh Sempoi mendoakan agar rakyat Indonesia khususnya yang berada disekitar kawasan terbabit sentiasa di lindungi Allah. Diharapkan juga supaya netizen tidak menyebarkan video atau berita yang tidak sahih bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini