Semut, antara serangga yang sering menjadi musuh kita baik di dapur, bilik tidur ataupun ruang tamu. Tak kira betapa banyak racun serangga yang pernah kita gunakan, namun kadang-kala segala usaha untuk mengekang kewujudan semut ini tidak berhasil kerana bilangan serangga ini seakan-akan tidak berkurang langsung.

Tips Elak semut Naik Ke Meja

Berkongsi tips yang menarik untuk dicuba, malah menggunakan barang yang dikitar semula. Mungkin petua yang dikongsikan daripada individu yang bernama Puan Zai ini dapat membantu masalah berperang dengan semut.

Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.

4. Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

*Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu. Selamat mencuba.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  10 cara hapuskan lipas dalam kereta

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini