Jodoh, ajal, maut, pertemuan dan perpisahan tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT. Dalam isu rumahtangga, kami pasti tiada siapa yang inginkan mahligai yang dibina, hancur berkecai disebabkan faktor-faktor tertentu. Lebih mendukacitakan lagi, apabila isu ini melibatkan anak-anak yang sedang membesar.
Seringkali kita mendengar kisah-kisah perebutan hak penjagaan anak selepas pasangan bercerai. Kami ingin berkongsikan satu update oleh Peguam Syarie & Perunding Syariah tentang hak penjagaan yang masih ramai keliru dengan jawapannya.
Hak penjagaan anak jatuh kepada siapa selepas bercerai…..isteri atau suami?
Mari dapatkan kefahaman sebenar tentang hak penjagaan anak selepas berlakunya perceraian antara ibu dan ayah pada usia anak masih kecil.
Tiada siapa yang mahukan perceraian. Namun, jika ia terjadi tatkala anak kita masih kecil, antara persoalan yang sering bermain di fikiran ibu ayah adalah: hak penjagaan anak akan diberikan kepada siapa selepas bercerai?
Ada yang merasakan ibu adalah penjaga tunggal lagi mutlak yang akan diberi tanggungjawab untuk menjaga anak selepas ibu ayah berpisah. Tapi, itu bukanlah satu pemikiran yang betul.

Hak penjagaan anak kecil, hadhanah.
Hak penjagaan anak kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Kalau ibu ayah nak tahu, hukum penjagaan anak diperolehi melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr ketika seorang wanita datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.”
Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”
Maka, hadis riwayat Abu Daud ini telah dijadikan dasar kepada pemberian hak penjagaan anak kepada ibu jika berlakunya perceraian.
Persoalan
Soalan: Bagaimana sekiranya isteri tidak bekerja? Anak nak makan apa.??
Jawapan: Nafkah anak bukan di atas isteri tetapi tanggungjawab bapa kepada anak tersebut, walaupun hak jagaan dpt kpd isteri.
FB: Peguam Syarie & Perunding Syariah