Terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Tambah lagi jika ada anggota badan yang bercerai daripada badan seperti hilang kaki dan sebagainya.
Bila terjadi sebegini, mental kena kuat. Bukan senang nak menerima kenyataan bahawa kita bukanlah insan yang sempurna lagi. Kita sudah bertukar status menjadi OKU.
Namun status twitter yang menerewang di akaun twitter kami beberapa hari yang lepas memang menarik tumpuan kami. Status ini juga menjadi viral di platform twitter apabila di ‘RT’ dengan banyak oleh warga twitter yang lain.
Ia berkenaan dengan status seorang gadis yang baru kehilangan satu kaki kanan (dipotong sehingga betis) akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ada empat foto yang dipos ke akaun twitter.
Ini adalah rentetan posting gadis yang memakai akuan elianurul tersebut:
Gambar pertama kaki selepas accident. Time ni dah redha dah. Tak mampu nak nangis. Malam tu juga operate, potong sampai betis. So guys kalau korang nak jalan mall, ajaklah aku, senang nak parking nanti
So ceritanya pendeknya aku langgar tiang yang menyebbkan aku terpelanting lebih kurang 2 meter.Dan kaki aku yang putus tertinggal di motor. Mungkin dia tak dapat ikut kelajuan badan aku. Bhahahaha.. ok hambar. Aku termeniarap, tak dapat gerak dalam 2-3 minit. Dapat jer gerak, aku pusing tengok kaki tak ada. aku papah kaki aku layu jer. Tulang ke atas.
Perasaan dia guys, perghhh,, Aku ulang-ulang, aku dah tak der kaki. Apa jer aku boleh buat.
Tapi guys ingat. Semuanya ada hikmah. Setakat tu jer tuhan bagi aku pinjam nikmat Dia. Doakan aku guys
So sekaramg hari ke 5 di hospital. Tunggu luka kering lepas tu boleh balik. Aku dah start buat fisio, dah boleh jalan guna tongkat. Aku punya excited tu sampai mak aku marah sebab aku tak tahu diam. So guys, apa pun dugaan yang korang tengah hadapi, ingat semua adalah kehendakNya. Korang boleh hadapi. Kalau aku boleh, korang pun mesti boleh. ok?
Guys, masa aku tercampak tu, aku fikir ya tuhan, banyak lagi yang aku nak buat daam hidup aku. Selama ni aku down jer. Itu salah, ini salah. Bila aku survive, Alahmdulillah, Dia bagi aku peluang selesaikan apa yang aku nak buat. Down tak salah. Tapi jangan bazir masa lama sangat. Ingat masa kita di dunia ni tak tahu panjang ke pendek. Jadi tiada masa untuk jadi lemah.
I’m getting better guys.
Fuuuh meremang bulu roma baca status-status dia. Bukan apa, tergamam apabila tengok dia boleh menerima takdirnya dalam masa yang singkat. Siap bagi semangat kat orang lain pulak.
Tapi jika direnung, memang betul katanya. Buatlah apa yang kita nak buat. Kejarlah impian kita sementara ita masih mampu. Bila dicabut nikmat kesihatan nanti, mesti kita akan menyesal kerana kita lengahkan masa untuk mengejar imian kita.
Banyak pengajaran gadis chill ini bagi kat kita. Sedikit sebanyak boleh menginsafkan. Salute la gadis ni..!!! Sempoi..!!!