Pernah tak anda mengalami situasi di kedai makan seperti ini; ” Ada perokok tanpa rasa bersalah menghembus asap rokoknya, walhal di sebelahnya ada bayi atau kanak-kanak”? Jika pernah, apa anda rasa?

Rasa marah?

Rasa geram?

Rasa nak tumbuk sahaja perokok itu?

Jika ya, bermakna anda manusia normal.

Tahukah anda, kanak-kanak dan bayi adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa. Bayi dan kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, asma dan masalah pendengaran.

Fakta Tentang Bahaya Asap Rokok Kepada Bayi Dan Kanak-kanak.

  • Sebatang rokok yang dibakar akan menghasilkan lebih 4000 bahan kimia di ruang udara berhampirannya. Ia juga mengandungi sekurang-kurang 60 agen penyebab kanser. Asap rokok yang meresap melalui darah akan melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi bayi.
  • Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida. Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen mencukupi kepada bayi.
  • Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida.
  • Jika orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Ini bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa.
  • Kanak-kanak mempunyai paru-paru yang lebih kecil dan masih belum matang atau cukup kuat. Jadi, ianya perlu dijaga untuk elak kesan buruk jangka panjang. Tahukah anda, walaupun kehadiran hanya seorang perokok sahaja di dalam keluarga, mampu memberi risiko penyakit paru-paru kepada kanak-kanak.
  • Anak-anak yang sering menghidu asap rokok, cenderung untuk memiliki tahap kolesterol baik (HDL) yang rendah di dalam tubuhnya. Untuk makluman, HDL berfungsi melindungi anak dari penyakit arteri koroner.
Baca juga  Tips Dan Panduan Apabila Disengat Lipan

bahaya asap rokok kepada anak

Merokok amat berbahaya. Walaupun anda seorang perokok dan mengambil langkah untuk tidak merokok berdekatan dengan anak-anak, tetapi tetap memberi kesan negatif kepada mereka.

Bagaimana?

Third Stream Smoker” iaitu kesan-kesan nikotin di kulit atau baju tetap boleh memberi kesan negatif kepada anak terutamanya dengan memeluk dan mencium mereka tanpa membersihkan badan anda terlebih dahulu!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini