Hujan batu sebesar bola golf melanda Britain

Gambar ini sekadar hiasa n

Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

Faktor cuaca sejuk bukan satu-satunya punca terjadinya hujan air batu. Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.

Baru-baru ini, hujan air batu berukuran seperti bola golf melanda Britain selepas ribut petir menandakan berakhirnya gelombang panas di negara itu yang mana suhu mencecah sehingga 35 darjah celsius.

Hujan batu gergasi itu turut menyebabkan bumbung kanvas berlubang selain menimpa beberapa kepala individu.

Gambar ini sekadar hiasan

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas hujan turun di seluruh negara berkenaan pada Jumaat lepas.

Khamis lalu menyaksikan suhu paling tinggi direkodkan di London sejak 2015 iaitu 35.5 darjah celsius.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini