Meletup dan terhempas

Masih ingatkah anda tentang peristiwa helikopter meletup di udara dan terhempas 3 tahun lalu yang meragut nyawa Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis? Nahas yang berlaku pada 4 April 2015 di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor turut mengorbankan 6 penumpang yang terdiri daripada ahli politik dan perniagaan yang berjaya.

Antara individu yang terkorban dalam nahas helikopter jenis AS365 Dauphin itu selain Jamaludin, adalah bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias. Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi helikopter, Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis kenduri kahwin anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang. Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Ibu Allahyarham failkan permohonan

Kini Ibu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, Aminah Abdullah, 84, memfailkan permohonan untuk mendapatkan sijil faraid ke atas harta pusaka milik bekas Ahli Parlimen Rompin itu yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis adalah ahli perniagaan berjaya dan juga menteri kabinet

Beliau yang diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman telah tampil memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu mengikut Seksyen 46 (ix) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Baca juga  5 Tips Elak Diri Dicabul Oleh Jiran.

Menurut Kamar Ainiah, permohonan itu difailkan bagi menentukan bahagian kepada waris yang berhak dalam harta pusaka milik Jamaludin.

Menurut Kamar Ainiah lagi, pihaknya sudah memaklumkan mengenai permohonan yang dibuat Aminah kepada balu Allahyarham, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan empat anaknya yang berusia antara 23 hingga 33 tahun.

Pusaka 2 Bilion jadi pertikaian

Terdapat pertikaian mengenai isu harta pusaka mana yang perlu dimasukkan sebagai harta pusaka dan tidak perlu dimasukkan membabitkan lebih RM 2 bilion termasuk 20 hartanah melibatkan beberapa buah rumah, tanah dan syarikat di seluruh Malaysia, Mekah dan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu balu dan anak-anak arwah juga turut memohon untuk menjadi pencelah. Bagaimanapun, mereka tidak hadir pada prosiding itu.

Mahkamah menetapkan 13 September ini bagi pengurusan kes seterusnya.

Ibu Allahyarham Dr JJ bakal memperolehi lebih RM33 Juta jika tuntutan berjaya

Di bawah undang-undang Faraidh, ibu yang masih hidup berhak mendapat satu perenam (1/6) peninggalan harta pusaka, sementara balu yang masih hidup mendapat satu perlapan (i/8) daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki harta pusaka berkenaan.

Puan Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahkamah ditemani adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.
Jika ibunya berjaya dalam tuntutan ini, beliau dijangka beroleh bahagiannya lebih 33 Juta. Banyakkan..?!!!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini