Indoor Theme Park Genting Highland Kini Dibuka! Dikenali sebagai Skytropolis Funland.


Selepas bertahun Taman Tema Genting Highland ditutup kepada pengunjung untuk kerja-kerja naiktaraf, akhirnya indoor theme park Genting Highland kini dibuka kepada pengunjung dengan nama baru iaitu Skytropolis Funland.

Skytropolis Funland yang terletak di First World Plaza mempunyai lebih 20 permainan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Child Rides, Family Rides dan Thrill Rides.

Harga bagi setiap permainan adalah RM10 untuk hari bekerja manakala RM15 pada hujung minggu, hari kelepasan am dan cuti persekolahan. Terdapat juga unlimited pass yang dijual dengan harga RM60 yang boleh dibeli melalui laman web www.rwgenting.com atau kaunter tiket yang berada di sana.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini