Malinger- Buat-buat Sakit Untuk Dapatkan MC Supaya Boleh Ponteng Kerja.

Anda pernah jumpa kawan-kawan pejabat seperti ini tak? Sakit tak seberapa tetapi berlagak dia macam kena gilis kereta, demam selsema dia cakapnya kena denggi. Luka sikit tapi acah-acah macam kena tikam. Lepas tu jumpa doc dia punya acting sakit macam kena renjatan electric 1000 watt. Padahal demam sikit je pun, tapi dia punya acting tu, pesakit severe HIV pun kalah.

Ini dipanggil ‘Malinger’. Ada dalam penjelasan psychology terhadap tingkah laku ini.. Dan pelajar course psychology ada belajar tentang behaviorism atau tingkah laku manusia.

Apa Itu Malinger?

Malinger didefinisikan apabila seseorang berpura-pura menunjukkan simptom untuk mendapatkan surat ahli perubatan bagi melepaskan diri dari tugas atau tanggungjawap tertentu, Bulan lepas dia dah dapat MC 3 hari daripada doktor, bulan ni tiba-tiba dapat pula MC lagi 5 hari, sama ada beli atau dia “pusing” cerita dengan doktor tu macam hero tamil, yang doktor panel pun la luluskanlah MC sebab nak buat staff selalu datang klinik, nanti bole “claim” duit ubat dan perkhidmatan daripada syarikat.

Anda yang bekerja di bahagian Human Resource (HR) pasti banyak berdepan dengan staff sebegini kan. MC 2 hari tapi dia bantai cuti sampai 4 hari, lepas tu bila masuk kerja acah² sakit lagi, mula la jalan seget atau buat muka tak sihat. Bila mereka yang Malinger ni dapat apa yang mereka nak, simptom sakit pun hilang. Datang jumpa doc kata sakit macam nak arwah tapi bila dapat MC terus keluar tengok wayang atau lepak mamak main PUBG 24 jam. Tak pun keluar vacation laki bini dengan MC palsu.

Bukan dalam office je:-
Tapi dalam rumah sendiri pun ada. Anak anda pura² sakit perut, demam dan sebagainya sebab tak nak pergi sekolah? Haaaa.. Itu dia dok Malengering la tu. pura² sakit dengan fake kan tanda² sebab tak nak pergi sekolah. Tapi bila petang elok je anak and keluar pergi main bola. 
_
Another level of Malinger.
Kat atas tu level office biasa je, kawan² anda tersadung kerusi kat rumah tapi call boss kata MC 3 hari macam kaki tu dah patah riuk..

Baca juga  9 kebaikan amalan meminum air lemon

Another situations of malinger ialah benda ni familiar dalam court bila banduan tiba² jatuh sakit atau tiba² pengsan sebab nak mengelak dari dibicarakan. Tengah bicara tiba-tiba buat-buat terkena serangan jantung. Atau politician yang tiba-tiba sakit belakang atau leher sebab kena target dengan pencegah rasuah. Ataupun satu lagi level bila mereka nak claim insurance n etc. Ada juga mat dadah pergi clinic dan hospital pura² sakit sebab nak dapatkan ubat untuk layan dia punya stim dadah.

Basics:
Malingering ialah dimana bila seseorang pura² sakit dan palsukan tanda² sakit untuk meyakinkan seseorang atau ahli medical dengan tujuan tertentu seperti melepaskan diri dari bertugas atau mendapatkan sesuatu. Bila dah dapat, Pooff! Tiba² jadi sihat. 

Lagi perangai kaki Malinger ni.
Bukan saja mereka fabricated psychical illness atau symptom, tapi mereka juga palsukan mental illness, Seperti Post traumatic atau long effect trauma dan lain-lain atau tujuan tertentu.
_
Note 1# For now, Malinger/Malingering bukan satu diagnosis atau penyakit dan berbeza dengan ‘Munchausen Syndrome’ atau ‘factitious disorder’, yang dimana Munchhausen dan Factitious memang satu masaalah dari segi kesihatan mental.

Nota 2# Esok hari pertama bekerja selepas cuti hujung minggu yang panjang, pasti ramai yang berpura-pura memohon cuti sakit disebabkan ‘kelesuan’ untuk ke pejabat..:-p

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini