Kabel Putus Di Kajang, Lebih Kurang 1000 Pelanggan Unifi Terjejas


Gangguan sambungan internet bagi mereka yang menggunakan Unifi sering dikaitkan dengan masalah kabel didasar laut. Namun kali ini, timbul pula masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan ini apabila pihak Telekom Malaysia membuat pengumuman dimana mereka mengesan terdapat kabel putus berhampiran nod Kajang, sekaligus akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna Unifi sekitar 1,000 akaun yang berada di sekitar Kajang.

Buat masa ini masalah yang berlaku ini disyaki oleh pihak Telekom Malaysia mungkin disebabkan oleh aktiviti vandalisme, dan usaha menukar dan membaiki kabel sedang giat dijalankan.

Tidak seperti sebelum ini yang mana pihak TM mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila berlakunya masalah sambungan internet sehingga menimbulkan kemarahan pengguna, langkah membuat pengumuman awal ini dilihat satu langkah bijak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada yang lebih baik.

Sekaligus ianya juga akan mengurangkan kadar panggilan dan juga aduan daripada pengguna yang terjejas akibat masalah ini.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat, kerana pengguna zaman sekarang jika tiada sambungan internet bagaikan hari sudah hampir kepada kiamat.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini