Akhirnya Malaysia terpaksa akur bilamana hanya mampu mara setakat pusingan 16 pasukan sahaja di kejohanan bolasepak Sukan Asia 2018 yang sedang berlangsung di Indonesia . Pasukan bolasepak Malaysia terkeluar daripada saingan apabila skuad bolasepak bawah 23 yang juga dikenali dengan nama gelaran Harimau Muda kecundang melawan Jepun dengan 1 jaringan penalti di minit akhir perlawanan (minit 90) yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia.
Kecewa..? Ya sudah pasti kerana kita ingin melihat Malaysia mara peringkat lebih jauh lagi setelah mempamerkan aksi-aksi hebat sebelum ini.
Sebenarnya Harimau Muda sudah menunjukkan belang sejak daripada perlawanan persabahatan sebagai persediaan sebelum bermulanya Sukan Asia 2018 lagi. Kemenangan yang paling manis diantara perlawanan-perlawanan persahabatan itu ialah sewaktu menewaskan UAE, 2-0. Walaupun perlawanan tersebut tercemar dengan aksi pergaduhan, kemenangan itu sudah cukup membuatkan pihak lawan mula membuka mata dengan skuad Harimau Muda kita.
Langkah kemenangan diteruskan di peringkat kumpulan di Sukan Asia 2018, di mana Malaysia diundi bersama pasukan Korea Selatan, Republik Kyrgyzstan dan Bahrain dalam kumpulan E.
Di peringkat kumpulan Harimau Muda telah berjaya menewaskan Kyrgyzstan dengn jariangan 3-1. Kemudian Harimau Muda sekali lagi membuat kejutan apabila mewaskan pasukan pilihan, Korea Selatan yang membariskan bintang Spurs dan Piala Dunia 2018, Son Heung Min, dengan jaring 2 berbalas 1. Walaupun pada perlawanan terahir peringkat kumpulan, Harimau Muda yang menyimpan bintang-bintang utamanya tewas 2-3 kepada Bahrain, mereka sebenranya sudah layak ke peringkat suku akhir, peringkat kalah mati.
Di sinilah kita berjumpa Jepun, satu lagi gergasi bolasepak Asia. Dengan semangat berkobar-kobar ingin membuat satu lagi kejutan dan mara ke peringkat seterusnya, Malaysia turun dengan mengamalkan gaya bertahan. Namun nasib memang tidak menyebelahi Malaysia apabila tewas tipis, 0-1 oleh gol penalti yang disempurnakan oleh Ayase Ueda pada minit 90’.
Apakan daya.. Masa sangat suntuk untuk Malaysia membalas dengan gol penyamaan sekurang-kurangnya. Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan ini..
Namun yang pasti, penonton dan rakyat Malaysia kebanyakannya sangat berpuashati dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh skuad Harimau Muda kita. Walaupun ada segelintir yang mengkritik menyalahkan taktik bertahan Malaysia.
Tahniah Malaysia. Tahniah Harimau Muda. Pasukan ini bukanlah yang terbaik kerana ada beberapa lagi pemain hebat yang tidak bersama skuad ini di Sukan Asia 2018 ini. Ini bermakna masih ada banyak ruang untuk pasukan ini diperkemaskan di masa hadapan.
Harapan kita agar selepas ini skuad Harimau Muda ini terus diberi sokongan baik daripada FAM sendiri maupun oleh pasukan kelab dan negeri masing-masing. Utamakan negara dahulu untuk memburu ranking yang lebih baik.
Apa-apa pun skuad Harimau Muda ini telah melakar satu sejarah tersendiri:
- Memenangi pingat perak di kejohanan Sukan SEA sebelum ini
- Menang dengan bergaya, 2-0 melawan UAE walaupun itu hanya perlawanan persahabatan
- Menang 2-1 melawan Korea Selatan yang membariskan bintang Spurs dan Piala Dunia 2018, Son Heung Min di Sukan Asia 2018
- Berjaya layak ke peringkat 16 pasukan Sukan Asia 2018
- Kalah kepada gergasi bolasepak Asia, Jepun dengan hanya satu jaringan penalti di saat akhir perlawanan (minit 90)
Syabas Malaysia. Syabas Harimau Muda…!