•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selesai sudah perlawanan bolasepak akhir Piala Malaysia, piala yang paling berprestij dalam arena bolasepak Malaysia. Perlawanan akhir yang paling bersejarah.

Kontroversi keputusan pengadil pada perlawanan tersebut yang dikatakan tidak profesional akan terus terpahat di ingatan para peminat bolasepak terutama peminat tegar pasukan Terengganu FC dan Perak.

Apa-apa pun tahniah kepada pemenang Piala Malaysia edisi 2018 Perak. Tahniah juga kepada pasukan Terengganu yang mampu melangkah ke peringkat akhir.

Laluan Terengganu FC bukan mudah sebenarnya apabila terpaksa berhadapan dengan pasukan gergasi bolasepak Malaysia JDT. Namun Terengganu FC mampu melakar kemenangan.

Sebenarnya kalau dilihat dari segi pencapaian secara keseluruhan pasukan Terengganu, tahun ini pencapaian mereka agak dahsyat. Kejayaan mereka bukan sahaja di pentas utama Piala Malaysia, bahkan mereka melakar kejayaan di setiap peringkat sebenarnya.

Kami hidangkan kepada anda kejayaan pasukan bolasepak negeri Terengganu pada tahun 2018 di setiap peringkat pertandingan:

1. Terengganu Football Club
- Malaysia Cup : Naib Juara
2. Terengganu FC II
- Challenge Cup : Juara
3. Terengganu FC III U21
- Piala Presiden : Juara
- SUKMA : Separuh akhir
4. Terengganu FC IV U19
- Piala Belia : Naib Juara
5. Terengganu U17 (SMK Bukit Nenas)
- Liga Bolasepak KPM-FAM : Suku akhir
6. Terengganu U14 (SMK Ibrahim Fikri)
- Liga Bolasepak KPM-FAM : Suku akhir
7. Terengganu U11 (SK Bukit Tumboh)
- Kejohanan Bolasepak 7s KPM-YBR 2018 : Juara
8. Terengganu City FC
- Piala FAM : Juara
9. Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu
- Piala Emas Raja-Raja : Naib Juara

Baca juga  Khabib Kini 100 Kali Lebih Popular Daripada Salah

Secara keseluruhan, pencapaian pasukan bolasepak Terengganu FA tahun 2018 daripada peringkat umur bawah 11 tahun sehingga pasukan senior adalah Juara – 4 pasukan, Naib Juara – 3, Separuh akhir -1, Suku akhir -2.

Kejayaan yang boleh dikagumi sebenarnya. Pasukan negeri lain perlu mengambil ini sebagai contoh. Mesti ada resepi intimewa yang digunapakai oleh pasukan Terengganu.

Namun sedikit menyedihkan apabila tiada seorang pun daripada pemain-pemain yang membawa kejayaan kepada pasukan Terengganu di semua peringkat pertandingan dan umur, dipanggil untuk menyertai kem Malaysia baik pasukan Malaysia B19 dan Malaysia B23, maupun skuad senior Malaysia.

Peteh Terengganu Peteh..!

Ini agak sedikit pelik. Berdasarkan faktor apakah pemilihan pemain pasukan Malaysia? Harap tiada yang tidak sepatutnya berlaku di sini.

Apa-apa pun pasukan Terengganu memang sempoi..!

Pemain dari skuad diatas yang terpilih ke pasukan Malaysia B19, Malaysia B23 dan skuad senior Malaysia = 0.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini